Tuesday, January 21, 2014

Nasi goreng serai..cepat dimasak

Hari ni pagi pagi lagi lepas kemas san sini makcik buka fb.Adala orang tanya nak buat apa dgn serai...
Ha mai nak habaq mai...

Cikson suka makan nasi goreng serai.Resepi tt .

Serai 2-3 batang...racik ambil yang hujung hujung.
Cili masak/cili padi ...potong nipis
garam...2 tiga coet
kunyit...hujung hujung jari
ikan bilis ..segenggam
teloq...sebiji.
bawang putih+ merah...racik
Nasi yang balance semalam simpan dalam peti ais...the secret to nasi goreng jadi cantik.

Cara caranya..

Dalam kuali lepiaq..dua tiga camca minyak masak kasi panas.Lepas tu ciowkan serai,cili,bawang.Masuk kunyit.Biaq garing.
Nasi sejuk tadi ramas bagi berderai .Masukkan garam.
Lepas tumis garing..pecahkan telor.Balik balikkan sampai garing.Masukkan ikan bilis.Ikut sukalah yang mana dulu nak masuk.
Last sekali baru masukkan nasi tadi.Kacau rata...siap!

Senang kan...
Makan hangat hangat dengan sambal potong cuka berkicap.....

4 comments:

  1. sy suka nasi goreng serai.... bau wangi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain wangi ,herba pun ada..baik utk kesihatan..msred kan.Makcik pun suka.

      Delete
  2. Tu Dhia....
    Mmg keba cuba try ni.....
    Pg td pun goreng tanpa cili apu n serai... Yg lain semua sama....
    Tq cikgu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi orang yang tak berapa nak rajin..hiris,cincang,ketuk...cieow.Siap!

      Delete