Tuesday, January 21, 2014

The apartment

Gelihati tengok aksi anak dua ekor ni.Sapa lagi kalau bukan si ninasandaq dengan squirrel.

Ni cerita pagi tadi...

Buka saja pintu ekor panjang menerjah masuk kedalam rumah.Meluru ke dining room.Mulut dok bunyi ...

Nyieowww...nyieowww.

Langkahnya terhenti depan gobok buruk yang dah lama uzur...semua lemari dah jadi abu..tinggal rangka saja.
Dia mendongak keatas sambil berbunyi dengan kuat.Satu suara yang makcik tak pernah dengar sebelum ni.
Mieowww...mieowww.
Hahh  ...dah macam bapa randuk bunyinya...

Makcik intai apa yang ada atas bag bag yang ditindan didalam tu...Oh rupanya cikninasandaq sedang beradu.
Siekor panjang kaki empat cuba panjat. Nak tahu apa jadi?

Pang! Ninasandaq hadiahkan sebuah penampar ke muka squirrel.Terkejut dia lantas terjun turun menyelamatkan diri.
Akhirnya dia berlalu pergi.Menuju bilik kecil nun jauh didapur.Disana dia bertafakur...Kasihan dia.

Rupanya sininasandaq tak mahu berkongsi apartment dia..Tak muat katanya...

Masa cikson masih mengajar,cerita kucing kucing di no.7 selalu menarik minat murid.Cerita Dell,Jade dan Mok jadi penyendat waktu....




2 comments: