Monday, December 23, 2013

Of Danog,PB and Hatyai...kap kung kap

The three places are places that makcik been to.Just over the border of Kedah and Perlis,they are shopping havens for the likes of makcik who like cheap things.Murah la sangat.

Kalau sebut ketiga tempat tu,ada konotasi yang tak enak.Dulu dulu masa cikson nak pindah duduk Perlis ada kawan kawan buat joke...senanglah cari barang murah.Faham faham sajalah .Need no further explanation.Tapi masa tu mmg barang murah...banyak beza dari tempat kita.

Dulu dulu Padang Besar tempat famous dgn mempelam.berkotak kotak pi borong.Juga beras pulut .Bila balik kampung ,inilah yang selalu makcik beli utk tt.Teringat makcik ,satu hari makcik kena pi lawat sekolah di Padang Besar belah Malaysia.Habis tugas ,kawan ajak masuk belah sana.Tanpa border pass nor passport.Apalagi suka hati sangatlah makcik nak pi beli belah kat situ..Masa tu sebelah Malaysia belum membangun macam la ni.
Sampai kat rumah dah petang,cikli apalagi dok bimbang .Ada kejadian tembak menembak semasa makcik dok sibuk membeli rupanyaKalau terkena peluru sesat kan naya.
Lagi satu....rahsia tau...kalau belah Siam perhati reaksi pekedai .Dgn orang perempuan lain.Tapi dengan lelaki ada semacam tawaran...nak pekena la tu dok bisik bisik mcm tu.

Ke Hatyai...kami buat border pass.Tak mungkin dapat lupa van yang kami naik tu susup sasap masuk segala lorong,kampung dan celah celah semak ambil penumpang.Masa tu dok terfikir juga kalau lah kena ambush ,habislah riwayat tiga beranak . Selesai urusan kami balik .Sekali tu ,kami diturunkan betul betul dekat check point belah Siam.Jenuh menapak dari no man's land sampai parking kereta.Semasa dijalan,kami ditegur seorang lelaki Indon dok tanya macam macam dan nak beriringan periksa kastam...Well no no...dekat sempadan jangan dok layan orang tak kenal sembarangan...silap silap kita jadi kuda tunggangan.

Danok ...satu lagi destinasi utk membeli belah...tapi kena pergi dekat Bukit Kayu Hitam..Ada juga dua tiga kali masuk tapi hati tak pernah tenang selagi tak balik .Dok fikir macam macam.

Satu lagi pengalaman makcik yang tak mungkin lupa adalah semasa makcik join makan makan kat sebuah restoran yang terletak dekat dekat sempadan Malaysia Thai.Orang lain pergi berkawan,tapi makcik pergi seorang.Habis majlis,start kereta .Sampai kat junction dah blur jalan mana nak ambil.Kawan kawan pun dah tak nampak rupa..dah berdesup tinggalkan kita. Jalan punya jalan dada rasa berdebar lebih lagi berjerembab dengan sekumpulan anak muda yang tak tahu pula makcik dok buat apa .Bila makcik patah balik,dah hilang semuanya.....mungkin depa ingat makcik ni spy ke atau SB.Mau dua tiga kali round juga tapi tak jumpa jumpa jalan nak keluar....In the end ,sampai makcik kat satu tempat macam checkpoint....ada askar dok jaga.Tanpa malu makcik tanya jalan keluar...Mujuq selamat....Tobat nahu pi sana sorang sorang..

Of Danok,PB and Hatyai....seronok belibelah tapi rasa macam kaki sebelah....dok dalam.Lebih lebih lagi kalau pergi tanpa pas sempadan....sawadee kap..Kalau pakai passport jangan dok lengai,masuk cop balik tidak..tak lama mesti Immegresen dok mai cari nak kenai...cerita benar ni...bye.




6 comments:

  1. sy shopping kat malaysia dahlah... takut...hheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. M.sia pun dah tak habis kita belibelah.Sana pun bukan murah sangat pun.Bahaya ada lagi.

      Delete
  2. Waktu masih tinggal di Penang, selalu masuk Hadyai bila cuti... Mmg best makan tomyam dan menyopping.
    Skrg jadi takut laaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak,
      Sampai harini tak berani nak pi PB.Dok terayan mau dia mai bom masa kita kat sana ...naya.

      Delete
  3. sekarang mahal shopping kat hatyai ni..saya baru balik dari sana..pup pup dengar ada explotion kat Danok..seriau kejap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tgk duit bhat sama atau lebih dari ringgit...tak berbaloi pi shopping sana.Sekali tu beg sama lebih murah di KL...cekik darah betoi.

      Delete