Friday, December 20, 2013

Alahai cikli ku sayang.


Pagi pagi cikli dan cikson bersalam sebelum cikli pergi kerja.Rutin setiap hari  kecuali hari cuti or cikli tak pergi kerja.Cikli tak perlu ambil cuti tahunan atau jumpa doktor minta MC.Sbb dia lah tuan dan dia juga kuli syarikat sendiri.RCS letew.

Hari ni bday I....yes we all cakap I you....ayam patik itik sudu. I dah jadi warga mas...you
Happy bday ...cikson ucapkan.Brisk and simple.
sabar menunggu order yang datang
abah dan anak tersayang.


Cikli pergi kerja dan hampir senja baru nampak rupa.Kesian bday boy kena obertaim.Rezeki jangan di tolak,musuh jangan dientertain..Falsafah ciklicikson sejak berzaman.

Cikli ni kalau kerja cukup berdedikasi.Walau sakit walau menyenget kerja tetap kerja.Kalau kerja gomen dah tentu dapat APC dan bila pencen dapat pula PMP...macam cikson..hehe.nak enterframe juga.

So after maghrib,the three of us headed towards our favourite haunt....Mona di Koma.Pekena ikan bakaq ,sotong goreng tepung dan ketam masak berempah.Sedap woo.Cikten open table.Ok lah tu buat permulaan.Nanti bila dah balik yang lain,kita buat mee JPL yang tak dapat dibeli dimana mana..copyright reserved turun temurun.
ketam seekor penuh sepinggan

He was telling me dgn nada sedih...hmm nobody calls...referring to his children in the capital and the east coast.Awai lagi abah hang ...satlagi tu depa panggil la.Dan bila anak anak call to wish him happy bday ,makcik lihat dia macam anak anak 6 tahun dapat hadiah.

Actually being married to cikli for more than 3 decades ,I saw a lot of him changed.Some for the better and others for the worse...Worse being his state of health...dari seorang yang tough built dah jadi kurus .Sakit sana sakit sini.Dan for the better is his temperament...dari seorang yang hot tempered,dah jadi kurang cilinya.Tapi dengan pekerja dia nan satu tu ,cikli masih begitu.Pagi pagi tadi dengar suara cikli memarahi dia.Makcik buat donno saja.Malas nak ambil tahu.

last night before retiring cikten kerosek lemari yang simpan foto album.Berdekah dia ketawa tengok transformasi ahli keluarga dari kecik hingga membesar..Gambar mak dia yang kerempeng ,kaki seluar abah dia yang a go go go.Juga terjumpa juga gambar mama yang slimfit dgn baju tuck in...hohoho.

Happy 60 Birthday cikli...
dihalaman rumah cahaya bulan terang benderang
Semoga hidup cikli pun begitu













5 comments:

  1. Alhamdulillah...
    Semuga masih bersama sampai bila2...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Moga bahagia sokmo disisi keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. muhaini,
      Insha Allah...amat mendambakan doa semoga hidup bahagia dgn keluarga lebih lebih lagi dah menginjak senja.

      Delete
  3. Mona di Koma? Tang mana tu? Nak pi cari jugak aihh...

    ReplyDelete