Monday, November 11, 2013

Syukur,masih ada bumbung diatas kepala

Lewat hari itu,aku ikut semua channel berita terutama yang ada Breaking News.Punat kontrol sentiasa ku tekan..dari BBC<CNN<CNBC<AUST.news.hingga berita dari tongsan sekalipun.Cikli hari tu dok berkira kira nak lupus channel channel ni dari subscription tapi cikson say no no...
Jadi sehari dua ni cikson jadi pemberitahu berita pada cikli dan tt tentang keadaan semasa terutama ttg Haiyan alias Yolanda.Bangun pagi saja channel channel channel ini ciksonbuka nak tahu perkembangan terkini.
Nak kata apa ya bila lihat dan baca apa yang terjadi?











Sepanjang hayat duduk dibumi ini bukan sedikit berita cerita ngeri begini dapat dilihat dari ruang kamar rehat rumah sendiri.
Mula mula dulu kes Highland Towers menyembah bumi.Masa tu hanya ada  tv dan akbar saja  24 jam berita tentang itu disiarkan dan cikson tergamam melihat keadaan.
Ribut Katrina di new jersey juga diikuti dgn teliti.Masih terbayang jelas air hitam yang mengenangi kotaraya Uncle Sam dan perpindahan beramai ramai mangsa .
Tsunami Aceh juga memberi impak yang besar dalam hidup ini.Pantai itu pernah kita kunjungi.kampung itu pernah kita lawati.Disitu ada adik beradik yang kita sayangi...referring to Pantai di Penang dan Kota Kuala muda,kedah.Still fresh in my mind that 26 Dec morning.
Kebakaran di Australia juga tidak kurang memberi impak..kan baru beberapa tahun anak tersayang berada disana.Masih ada gambar gambar mereka ke Mount Buller yang juga mengalami kebakaran.Selamatkah kola kola dan kanggaru yang comel comel .
Berbalik ttg Haiyan...am speechless when I saw the pictures and  footages.
Grim are the stories...mayat tersangkut atas pokok
Zinc melayang bagai kertas.Houses collapsing into nothingness.
Kerata dilambung bagai permainan...endless.
People walking like zombies..looting and restlessness.Nightmare.

Bersyukur kita kerana masih ada bumbung diatas kepala.Siapa kita utk tidak bersyukur kerana terhindar dari katastropi ini.



2 comments:

  1. AllahhuAkbar

    Bila DIA berkata 'jadi', maka jadilah ia...

    ReplyDelete
  2. Betul kakcik.Kita insan kerdil tak terlawan kuasaNYA..

    ReplyDelete