Tuesday, November 12, 2013

Sambal mee minyak bawang akak

Akak too ada tanya macamana nak buat sambal utk mee kuah dan minyak bawang putih utk bihun sup.
Dah lama nak jawab tapi entah apakebende busy dok entertain tt tertangguh hingga harini.Ha ah teringat masa jadi cikgu,kalau anak murid tanya mesti usaha juga cari jawapan.Kadangkala sampai kena buka ensaiklopedia .Masa tu belum ada lagi tenet menet ni semua.

Dah...meleret pula mukadimah ni.

Ok .Kita tngok macamana nak buat minyak bawang putih.
Selabu bawang putih.Crushed dan rincik aja. Kata matsaleh chopped.
Minyak agak agak suku cawan.
Masak bawang putih samapi kuning.Itu aja.Senang kan.Bila nak guna kaut sekali dgn minyak dia.Cikson simpan dalam bekas mcm ni..


boleh guna isi minyak bawang putih juga sos cili

Now..sambal mee kuah.
Cikson ada 2 version.Malas dan rajin.
Ok ..kita mula dgn yang malas dulu.

Cili cikson ( dah sedia grind) Resepi kat sini.sini
Masuk garam ,gula .Masak hingga hilang bau dan naik minyak.Siap.

Kalau nak cara yang rajin...resepi dia macam ni.

Cili kering ....10-15 tangkai atau lebih.
Bawang besar...1 labu
Buah keras...1-2 biji
Minyak masak 1 sudu makan.

Grind semua bahan tadi.Masak hingga hilang bau cili.

Kacang goreng dgn bijan goreng tanpa minyak..toasted .Amaun tu agak agak je le.
Grind samapi naik minyak..halus mulus lagu tu.

Masukkan dlm kuah cabai tadi.Masukkan garam,asam,gula,tomato sos .Boleh juga masuk sedkit sos tiram,perasa
(optional)
Dah masak betul betul bolehlah dihidang utk mkn mee ke,bihun ke atau cicah cucur udang,cucur jagung..

Actually bekas bekas ni cenderahati pencen dulu.Or maybe masa hari guru.Comel comel belaka.

diguna isi susu cair dan air gula bubur pulut hitam.
Gitulah kira kiranya cikson masak sambal mee dan minyak bawang putih.Harap akak@ ibu n abah maafkan mamason andai pelajaran tak sampai...hehe.Dah lama pencen mengajar .....

No comments:

Post a Comment