Friday, May 17, 2013

Wassup Peghelih...ooops Perlis.

Hari ni jalan jalan kat Peghelih lengang saja.Tak dak brum bram brum bram macam setiap pagi Jumaat seperti biasa.
Oooo...lupa makcik...Hari ni cuti sempena Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis la..Dirgahayu Tuanku.
Seronok orang Perlis dan yang merantau dok Perlis...cuti 3 hari wooo.

Cerita sikit bab cuaca kat Perlis ....
Sapa sapa yang sakit migraine ,sakit kulit gatal gatal tak payah mai la ...huuu I tell you panaih tak lit lit tapi bahang dia yang hau hau...( I see my girls dok kata...mama buat dah dgn vocab uniq dia ..hehe).

Pagi pagi dah rasa nak berkubang .Malam rasa nak tiduq terbongkang atas lantai terazo.Sbb bila tidoq dalam bilik ,tilam rasa macam ketul bata baru fired dalam brick kiln..Panas meruap.rasanya bila siang semua dinding,lantai absorb the heat and bila malam  ......huh rasa dok dalam oven pun ada terutama rumah tereh macam yang mamason duduk.Angan nak duduk rumah bangalo tak kesampaian..Apa pun syukur tak duduk dalam kolong...

One thing I noticed ....not only are we affected but our furry friends pun sama.Lebih lagi mak boyot ninasandaq.Dia dah banyak kurang aktiviti sandaq menyandag tapi membanyakkkan aktiviti tiarap meniarap.
Masuk bilik air saja mesti ada dia dengan perut membukit sedang bersantai atas lantai.Kesian..Pandai pula minta dicedukkan air dalam gayung biru utk dia .Dahagalah tu...

Eeeh ...cuti tiga hari ni nak buat apa ya...?
Jom jalan jalan cari awan.....



2 comments:

  1. betui kak panas giler la ni,, aircond 24 jam..cukup bulan ni sakit la poket, ruang tamu pun pasang aircond sedia2...memang Perlis panas.kalau keluaq rumah kena letak sunblog berlapis2..he he.sayang kulit takut melecoq

    ReplyDelete