Saturday, May 18, 2013

Haiwan kah dia...

Setiap kali mendengar kakaknya mengalun ayat suci,dia keluar dari tempat sembunyinya....bawah katil.Sopan dia bertelegu ditepi sehingga habis kakak mengaji.Begitu aksi si comel Humphrey setiap kali
 without fail.

merenung nasib badan.

Setiap kali mama hampar sejadah,pakai telkung dia tak kemana perginya. Didepan ,dikiri atau dikanan dia hampiri.Terlentang dia dengan perut yang tinggi.Adakah dia sama mengaminkan doa bila dua kaki bercantum seperti tangan memohon rezeki.Bukan sekali tetapi berkali kali dia beraksi begini....Ninasandaq punya misteri
menunggu hari

Seakan kekasih menunggu didepan pintu.Walau dipanggil dia tetap membantu.Namun...zass dia serbu bila cikli menyeru...
Dulu Jade...selalunya dengan mama dia buat tak tahu ,tapi bila abah...amboi manjanya dia.Dengar saja kereta dia dah tahu siapa yang tiba.Mulalah tak senang dia.Terlompat lompat nak sambut papanya.Pintu disondol suruh dibuka...

Dulu....lama dulu mama ingat kucing tu kucing .Hanya binatang berkaki empat pemakan tikus...
Baru sekarangn ku tahu , mereka punya akal yang bagus.
Kini Squirrel bintang baru dalam hidup mama ...and I was wondering...adakah dia haiwan?
Ehh kalau difilemkan...blockbuster! Income tentu lumayan....

Apalah mama ni mata duitan.....kata anak anak ku..



6 comments:

  1. ala comel nya...mmg bess klu bela kucing ni...sbbnya kucing2 ni amat memahami tuannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noe,
      Lebih lagi buat orang yang jadi Lone and Lonely .Mujur ada kucing buat peneman.

      Delete
  2. Betul..my Persians pun..kalau I pasang ayat Quran, they all diam mendengar.
    Ada yang bila pasang sejadah, sibuk nak solat sama..Wallahhu'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamasita,
      baru terperasan...kucing Persian minat dengar bacaan Quran berbanding yang lain.

      Delete
  3. Salam cikgu..

    Selamat hari guru...
    Selalu dok mai baca tapi belum pernah tulih apa2.. Malu2 kucin..maap la..

    Mungkin pasai depa binatang kesayangan rasulullah.. Tu kot depa lagu tu..

    Saja nak cerita, kemarin dulu makchaq pi Pdg Besaq nak shopping masa orang tengah solat Jumaat.. tau tau dlm dok panaih lit lit ujan turun lebat tak sangga.. langsung tak dan nak beli apa... nak pi makan pun redah hujan sampai basah lokoih.. Kemarin teruih demam sampai hari ni pun dok demam lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unknown@makchaq,
      Oghang utagha ka..pekat pelat nampak.
      Mujoq hujan dah mai.Tak la beghapa panaih sangat.

      Delete