Monday, April 1, 2013

When they were cute and charming....cikten



30th March was her bday.

Teringat makcik masa dia dilahirkan....dibawa balik dari hospital ramailah kawan rakan datang melawat addition no 4 dalam famili ini.

Perrrrrempuan lagi...
Awat berlain sangat ni...hitaaaamnya!



Semasa bayi sudah terserlah sifat berdikari.Lupa makcik macam mana makcik bela dia....That was 20 years back.Yang pasti tiada adik beradik datuk nenek yang datang menjaganya.

Sedar sedar dah pandai bawa diri. Kawan rapat pada abangnya.Penolong pada kakaknya
ceria
sayang kakak
Keletah dan petah itu trademark dia.

Kalau ke mana mana jenuh berjaga jaga kerana sifatnya yang tak tahu duduk diam.Semua orang dia tegur dan sapa.Ramah lagi mesra. Cina India ,aya ,ana dia tak kira ...semua jadi kawan dia.
Nak bungkus makanan lebih,nak tanya harga bil...dia cepat cepat kedepan.Minta bil.minta tapaukan.
Abang yang walau beberapa tahun lebih tua darinya,dia yang jaga.Pakaian apa abang suka,makan apa abang nak makan dia  sendiri uruskan dengan bangga dan rela.
sayang abang
Kalau mama marah dan leterkan abang dia yang jadi peguam.Abang mesti dia dahulukan.

Sifat ramah mesra dia buat dia jadi kawan guru guru.Makcik kantin,tukang sapu Kawannya lebih berusia dari dia.Dialah guru menari.Ketua kawad anak anak kecil waktu petang.Seronok sungguh tengok dia dan kawannya melenggang .
Tak sunyi depan rumah dengan laungan ' kakaten,kakaten' waktu petang.Ehh,kalaulah makcik videokan tentu seronok kan.Dapat tengok gelagat mereka yang riang.

Disekolah rendah dia banyak aktiviti...Sukan,tarian,nasyid ..sebut saja adalah dia .
Bangga rasa bila dia terpilih ketua murid dan murid contoh sekolah nya.Bersaing dengan anak menteri dan pengarah, doktor untuk jawatan dan gelaran  tahunannya.

Add caption
Add caption
Kemajuan  semasa sekolah menengah berjalan lancar.Lepas SPM ..Derma dia tinggalkan dapat offer Law UIA,Matrikulasi,Maktab Perguruan,maritime dia lepaskan...Sbbnya Queensland Australia dia berkenan.



Hari ni dia telah berkerjaya...pendidik jua.seperti ibunya.Semoga anak bongsu ini beroleh kejayaan dalam segala lapangan.
Add caption
Ya Allah ya tuhanku,rahmatilah anak ini ...kesayangan ibu abah,kakak kakak dan abang sudah tentu.


Add caption
Notakaki* ibu nukilkan ini bukan kerana riak tetapi supaya ingatan masa membesarmu sentiasa segar diminda.Hari hari  gembira  kita lalui bersama .Melihat kamu membesar dan sekarang nun jauh disana.Mana tahu bday hadapan ibu sudah tak berupaya menulis lagi cerita cerita ini.

Add caption

No comments:

Post a Comment