Masa ke Alor Setar dua hari lepas,satu perkara menarik perhatian...
Kerana sedia maklum Kedah bawah jajahan PR,makcik ingat tentulah meriah bandar itu dihiasi bendera bulan hijau,roket dan mata biru...
Tapi telahan awal meleset. Kepada pemerhati tanpa bayaran seperti makcik impak PR tak berapa terasa berbanding BN.
gambar google |
Ehh...ambillah gambar. .....makcik kecewa bila cikli beritahu kamera berada dalam beg dia dirumah.
Maka terlepaslah makcik nak rakamkan kibaran bendera bendera itu.
Tak apa ...hari lain mungkin lagi meriah.
Seperkara makcik tercongak congak tentang ongkos yang dikeluarkan utk menaikkan bendera bendera itu...Kaya depa..makcik simpulkan.
berkongsi lokasi |
Hmm masa nilah printing buat duit..
Tapi dengarnya bendera parti parti ni dibuat di China...
Betulllahhh tu....dekat mana lagi nak dapat harga murah kan
Pilihanraya dulu makcik tengok banyak benda ada lambang parti.
Dari bangku lipat,kipas,tumbler.....tahun ni makcik kurang pasti....entah entah barang pakaibuang pun ada logo parti.
Hah....orang kaya saja boleh jadi calon kalau lagu ni.
Modal besar tu....So berkuburlah niat hati nak jadi calon kalau supender sendiri pun tak cukup duit nak beli....hehe.
Ada duit semua jadi...kan cikli.kan kan....gelihati .Musykil makcik tentang niat seseorang nak masuk calon.
No comments:
Post a Comment