Wednesday, August 8, 2012

makcik urat besi…..apa cerita

 

Seperti Senin –senin lalu,Senin minggu ini makcik dan cikli bertamu di kmc walau itu hari cuti.sSeawal sembilan,bersiap dan meredah jalan Alor Setar-Kangar.

Doc di ot ….beritahu petugas kaunter.

Selepas agak lama menunggu,aku memasuki bilik rawatan berbekalkan x=ray terbaru.Lepas mencongak antara dua,doc low buat keputusan untuk membuang simen dan batu hari itu.

Dibilik rawatan seakam mini ot,ditemani cikli,aku diarah berbaring diatas katil yan sempit.

Sriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit sritttttttttttttttttttttttt…..bunyi alat seakan gergaji simen.Seraiau aku dengar.

Bila simen dah tanggal,doc low memulakan operasi menarik keluar dawai .Dapat ku rasa doc memicit,melentuk tanganku yang sekian lama dalan bedungan.akhirnya 2 bilah dawai berdenting dalam bekas .Aku taklah rasa apa apa sangat.

Tapi 2,3 hari,baru ku tahu ujianku belum berakhir.Lubang yang dimasukkan besi mula berdenyit sakit.Jari yang sedia bengkak bertambah bengkak.Rasa ngilu luka bertambah rasa.

Mungkin ini adalah peringkat peringkat yang perlu dilalui menuju sembuh.

Oh ya,semasa menunggu doc low,sempat makcik berwawancara dengan pesakit lain.Maka terkeluarlah cerita ttg kisahnya .Dia bertukar doc kerana doctornya bercuti.Dan pengalamannya dengan doc lain amat menyakitkan.Jadi tak hairanlah kalau doc cina berbow segak ini jadi pilihan klien.

Hhmmm hari itu aku menderma 563.00 untuk rawatan setengah jam.

Maunya sehingga sembuh,rm yang terlibat mencecah 10,000 termasuklah gaji ku yang kena potong….alahai.

Juga puasaku yang terpaksa diganti nanti.

Apa apa pun redho sajalah mamason.

No comments:

Post a Comment