Monday, February 21, 2011

I dont know

I dont know whether to cry or laugh out loud.Seeing the Mentor mencari protégée on tv 3 had me in stitches.Gelagat anak muda yang kepingin untuk mencari nama di bidang glamer ni . Dari ingin menjadi anak didik Tok pah,RM,hingga Noh the rain.Macam macam gelagat yang dapat dilihat.

Restu ibu,restu isteri,restu gf semua disebut untuk meraih simpati.Kadang kadang hairan melihat yang nyanyi bagai katak panggil hujan pun punya hati nak jadi penyanyi.Tapi satu yang makcik salute…diaorang ada keyakinan diri untuk mencuba.

Di stesen Tv 2 pula berlangsung lagi satu rancangan realiti.Tapi antara tengok ,jengok dan kelih saja.Entah siapa jadi juara pun tak makcik ketahui.

Tapi betul betul makcik ikuti adalah the Masterchef junior,rancangan 711. Dan satu rancangan mencari jodoh di ntv 7. Rancangan realiti untuk anak anak dari seawal usia 8 tahun hingga 12 memasak ,menyaji setanding orang pro.memang tak pernah makcik give a miss.Bilakah agaknya rancangan tv kita akan mengadakan pertandingan sedemikian selain hanya mencari bakat menyanyi.Lagilah malang bila anak anak kecil ini di solek dan dipakaikan pakaian yang dipakai oleh makcik makcik mereka.Menjadikan mereka dewasa sebelum masanya.

Harap sangatlah stesen tv dapat perbanyakkan rancangan  yang membina dari meruntuh.

5 comments:

  1. Mamason,
    I love that Junior Masterchef too...in fact, some of them cook better than the adults.... Interestingly, the kids takde pula babak meleleh lentuk nangis2....unlike some other reality shows with adult/teenage participants. purrr....meow!

    ReplyDelete
  2. setuju sangat berkenaan dengan anak-anak kecil yang disolek melebihi had umur. Nyanyi pulak lagu cinta....aduh...tersiat rasanya hati saya..

    ReplyDelete
  3. Cat,
    Dell: menci tau tengok depa nangis henggok henggok nak masuk jadi protegee.By the way,those Aussie kids are awesome cook.Macamnana depa dapat those skills .

    Uncle
    Those rancangan are a disservice to the kids.Awatlah kaum kelurga mereka benarkan anak anak itu didewasakan sebelum waktunya.

    ReplyDelete
  4. Teringat satu rancangan realiti TV (pertandingan nyanyian oleh kanak-kanak), bila diumumkan kanak-kanak tersebut gagal ke peringkat seterusnya, si ibu begitu hiba dan menangis, begitu juga penonton-penonton yang lain.

    Kecewa sungguh saya melihat situasi ini. Saya terfikir, adakah si ibu ini akan mengangis sekiranya bacaan Al-Fatihah anak ini tunggang-langgang? Atau anak ini meninggalkan solat kerana sibuk menyanyi? Atau anak ini mendedahkan aurat atas nama hiburan?

    Atau mungkinkah kita akan menangis semasa hari pembalasan bila dosa dan pahala dihitung kelak?

    ReplyDelete
  5. Zool,
    Satu persoalan dan renungan buat kita semua. Malang ,andai anak anak terpesong gara gara didikan dan dorongan yang salah dari keluarga sendiri.

    ReplyDelete