Tuesday, December 14, 2010

A sigh A small sigh A big SIGH

Semacam baca  cerita novel .Plot yang berbelit belit .Penuh espionage,penuh drama.Dimainkan oleh pendukung watak yang ramai.Dari power to be hingga nobody.

Ketika keyakinan tentang masa depan yang gemilang,dengan yakin penuh keislaman,peristiwa ini menggugat keyakinan .Tanggal 1998.Siapa rakyat M’sia tidak ingat tahun itu.Bermula dengan nama inilah yang menggoncang sebuah negara.Walau kecil cuma tapi itulah realitinya…..

Ummi…panggilan untuk seorang ibu.Tapi Ummi yang ini milik anak gadis yang berjaya menjatuhkan seorang yang ditunjuk bakal pemimpin negara.

Hari ini rupanya terpampang lagi.Puas ku belek.Sekali imbas macam primadona.

Jadi seorang rakyat M’sia berbangsa Melayu beragama Islam tentunya peristiwa peristiwa ini diikuti penuh teliti.Seingat diri tahun 1998 habis semua akhbar dilanggani.Antara percaya atau tidak,memihak atau tidak.Yang pasti keadilan .Itu pasti.Sebagai rakyat kecil,apalagi yang didambakan.

A very big SIGH 

 

Petang semalam ke Tssssssco di Alor Setar.Sebelum tu berkira kira untuk ke Jaaaakel.Nak surveylah lah kot kot ada yang berkenan.Tempat tu rasanya makcik tahu.Alih alih pusing satu round AS tak ketemu tempat yang dituju.Yang dapat bau loya lagi memualkan yang seakan mengikut kami sehingga pulang ke rumah.Adoi apalah yang terkena tayar.Bangkai ke atau apa sebenarnya tak dapat disahkan sehingga hari ni.Cikli kena hantar kereta dicuci untuk itu.

A sigh

 

Barang keperluan habis pula minggu ni.Sementelah cikli ada urusan di AS makcik pun menempel sama.Tempat berbelanja seperti biasa.Tetapi bila berada didalamnya macam berada diHongkong saja.Kalau sebelum ni rak rak untuk barangan TIDAK HALAL berada dilaluan yang berbeza ,hari ni makcik dapati dah bersama barangan halalan toyibba.Harap harap tu tak adalah makcik pakcik nenek dan orang seangkatan yang keliru.

Perasaan untuk tidak lagi kesana untuk berbelanja pun menjelma.

A big SIGH.

 

Bila orang yang riang ria bertegur sapa tetapi sejak dua menjak buat dont know ,apa perasaan kita.Buat dont know dan tegur juga or kita buat dont know dan tak bertegur juga.Pening.

A small sigh.

5 comments:

  1. jangan selalu berkeluh makcik~senyum2 je~

    *tahun 98 saya tadika~tak ingat ape2~he~~

    ReplyDelete
  2. Hi Mamason

    Baru habis katam a few of your previous entries. Thank you for sharing.

    Re: all kinds of sigh tu, well .. You just do what you think is right (re: small sigh). Sometimes I feel the same way but having said that kadang2 oleh kerana kekangan masa, we just cant be as friendly (pada zahirnya).

    ReplyDelete
  3. Teria kasih sudi singgah blog akak.

    Dunia sekarang , makin moden, makin menakutkan.

    ReplyDelete
  4. Mamason,
    Sabor je lah.... my Mama always say, Jangan Mengeluh! purrr...meow!

    ReplyDelete
  5. To my dear friends,
    Bujal
    Cik Som
    Cik Ina
    Cik Cat

    Thanks for dropping a line or two.Entahlah kebelakangan ini banyak perkara berlaku..our own ,our country,our society yang membuat kita rasa resah.Tak ambil pusing pun terkena juga tempiasnya.
    It frightens me freaking .What the future for our children has in store.
    Mungkin,I should not think too much kot.Tu yang tak relax.Alahai.

    ReplyDelete