In teaching,I would always make a point to revise the previous day lesson before starting a new one.So anak anak adik adik apakah 4 perkara yang kita selalu buat ditempat kerja yang sepatutnya kita tidak buat.
Ok lets recap:
1.Berkira riang….riang means tenaga bukan riang riang or bergembira ya
2.Menyakiti hati orang
3.Tidak mahu perubahan
4.Suka mengecil diri or merendah diri
Good.clap3.
Ok dalam tazkirah pagi ni kita sambung ya topik hari ini.
5.Sikap yang negatif
Antara ciri negatif yang tanpa sedar kita lakukan termasuk:
- tak ada perkataan baik untuk pelanggan.Kalau jadi front liner /kaunter layan orang mau tak mau saja.
-suka kritik keputusan ketua.
-bersikap sinis
-cari dan besarkan kesalahan orang
-minta balasan…. ehm ehm rasuah la tu.
Anak anak adik adik hindarkan ya perangai negatif diatas.Kita dilihat sebagai orang yang bermasaalah dalam organisasi kalau kita mempunyai tendensi kepada perangai negatif diatas.
6.Qualiti kerja yang buruk.
Bila bercakap tentang Q dalam kerja, kita selalu kaitkan dengan kesempurnaan,ketelitian,menepati masa dan banyak lagi.Jadi Qualiti buruk boleh dilihat kalau:
-Mempunyai sikap tak apa..ada aku kesah
-tidak kemas
-Banyak salah which brings me to a staff yang kalau buat kerja baik tak usah bagi.Guru akan ditaip garu dan segala macam silly mistakes…contoh salah alamat surat.Salah kira dan seribu salah lain.Tapi cari salah orang memang premium.
7. Eh tak ada pula catatan untuk nombor 7 ….malas dah nak fikir……
Dari catatan buku catatan mamason semasa dulu dulu kala.Untuk mempengerusikan sesuatu mesyuarat ,mamason bukan seorang yang spontaneous.Selalunya mamason mengambil masa untuk membuat catatan dan persediaan.Buku hijau A4 ini banyak menyimpan kenangan kenangan itu.
No comments:
Post a Comment