Tuesday, October 19, 2010

Trekking taboos and hoodoos…… pantang larang.

This piece of writes by Casey Ng in Life & times section of Travel NST caught my attention the other day.And I saved it to share with anybody who cares to read my humble blog.

Casey Ng menulis tentang adab dan pantang larang semasa “berexplora” dalam hutan.Dan dia menulis sesuatu yang mungkin berguna kepada kita yang berkemungkinan menyelusuri hutan yang penuh dengan fauna dan flora.Dan tidak terkecuali…..

image

Ini adalah excerpt dari tulisannya .Harap maaf andai terdapat kekhilafan dalam interpretasi makcik ya.

Seorang kawan jadi tidak keruan ,selepas hilang dari ekspedisi meneroka hutan.Katanya akibat terminum air dicemari kencing tikus. Mungkin juga tetapi peranan “kawan” pun boleh juga.

Skiplah intro yang jela jela ni dan kita terus kepada pantang larang yang perlu diikuti semasa didalam hutan.Tahu dimana dan bila .

On the rocks….. di atas batu besar.

Sesekali kita lihat batu besar merintang jalan semasa mendaki bukit.Kadang kadang melebihi bangunan 3 tingkat.Dan hairan betul bagaimana batu batan ini boleh berada disini dan tidak bergolek jatuh kebawah.

Semasa melintasi batu batu ini ,ambil nafas dan ucaplah “Tumpang lalu tok” . Jangan melawak,bergelak ketawa semasa melintasi nya.Dan jangan sekali kali membuang disitu.

Ahli tentera yang hidup dengan keluar hutan masuk hutan faham akan taboo ini dan tidak akan membuat camp disekitar batu ini.Betulkan?.

Basic instinct …. kata hati kecil

Bila jungle guide anda berkata ‘ tak sedap hati’ jangan membantah. Adalah lebih baik berpatah balik dari meneruskan perjalanan.Jangan keras kepala dan berlawan dengan mereka walaupun anda membayar servis mereka.Penunjuk jalan yang hidup dihutan selalunya dapat instinct sesuatu tak kena dengan hanya rasa hati.Mungkin dari pengamatan mereka terhadap binatang binatang yang mereka dengar atau lihat.They know it.

Sight and smell can tell….mata dan hidung boleh memberitahu.

Kalau anda terjumpa tempat yang indah out of nowhere,sampai masanya anda membaca doa.You know what I mean.Begitu juga kalau tiba tiba tiada angin pun bertiup dan sunyi sepi tanpa kicauan burung atau panggilan si ungga sahut menyahut.Everything is so eerily still.

image

Bunga bunga kecuali rafflesia,etlingeras tak akan memekar harum dalam hutan yang cahaya matahari susah menembusi bumi.So jangan teruja bila terserempak bunga ros,kekwa,cempaka berkembang setaman.Awas.A big blooming flower is a very bad omen.Jangan petik,sentuh atau menciumnya.Jangan dok oooh ,aaah yang anda telah menemui spesei bunga yang unik.Itu mungkin perangkap!

Dan juga kalau tiba tiba anda terhidu haruman Poison ke,Espirit ke,Hugo Boss ke,itu tanda anda mesti berpatah balik.Orang bunian katanya berbau wangi dan jin serta jembalang berbau busuk .Wallahualam.

 

Bed on the wrong side …. katil ditempat salah?

Tidaklah katil.Sebenarnya bermalam dan bercamping tu kenalah berhati hati memilih tempat.Jangan mendirikan tent/khemah ditengah jalan.Pilih tempat sekurang kurangnya 6 metres dari jalan atau denai laluan.

It is believed that a trail is a sort of highway yang mana digunakan oleh semua makhluk hutan.Samada binatang,manusia atau bukan manusia.Tak percaya. Seorang tentera terjaga 2 peta jauhnya dari tempat mereka berkhemah kerana tidak percaya taboo ini.

Dan orang Asli juga tidak akan berkhemah atau mendirikan rumah dekat air terjun .

 

Dont do it the hard way…. keras

Orang Melayu percaya sesuatu tempat itu keras atau sebaliknya.Kalau tempat tu keras ,stay away 100 langkah dari tempat itu.Kalau diberitahu sesuatu tempat itu keras janganlah berlagak hero.Hindarkanlah.

Begitu juga waktu maghrib adalah waktu keras. Jadi kalau nak trek buatlah dan tamatlah sebelum pukul 4 atau 5.

Pokok juga ada yang keras.Pokok tualang dan kekabu adalah dpercayai berpenunggu. Di Sabah dan Sarawak adalah biasa melihat pokok tualang dicelah pokok kelapa sawit atas kepercayaan ini.Jadi jangan nak pandai pandai tebang pokok semasa dihutan.

 

Do it anyway… buat sajalah

So you have it.All the do’s and the dont’s  dan kepercayaan supaya anda tidak berada dalam kesusahan semasa ber exploration di hutan.

* terjemahan in parts.

No comments:

Post a Comment