Wednesday, October 13, 2010

macam gua

Kalau 3 tahun dulu,saya tidak mengenal erti sunyi.Saya juga tak mengenal erti bosan. Kerana celik saja mata,tugas menunggu.Celik saja mata ,bertimbun isu minta diladeni.

Hingga cuti pun saya tetap ke sekolah untuk membereskan apa apa yang perlu.Dan saya berkata pada diri :

IMGA0200

Nanti bila bersara ,akan ku enjoy sunggoh sunggoh.Akan ku bersihkan setiap ruang dan cerok rumah ini.Akan ku kunjung semua saudara mara yang tak dapat ku kunjungi.Akan ku masak segala yang tak ku masak . Akan ku baca segala buku yang tak ku baca.Akan ku tuntut ilmu segala ilmu yang tak ku tuntut..Ilmu Agama ya,bukan ilmu hitam pula.

Itu kata hati saya .Itu azam saya.

Akhirnya masa itu sampai . Resam dunia,yang mula mesti ada penghujungnya.

IMGA0192  IMGA0187

Tarikh keramat itu tiba jua. Dan aku meninggalkan mereka dengan sebak di dada bersama hadiah hadiah tanda kenangan yang tak terucap terimakasih banyaknya.

IMGA0209 IMGA0212

Juga acara acara yang disusun yang tak mungkin aku lupa selamanya

IMGA0213IMGA0214

Semalam semasa ke K Ceria,aku berjumpa dengannya.Pengarah Pelajaran Perlis yang bersara sama tahun dengan ku.Pertemuan itu membawa nostalgia pada diri ini yang semakin hari semakin pudar kenangan orang padanya.Entah entah ada lagi ke yang kenal padaku.Ada lagi ke yang mengingati,tetapi yang pasti aku tak pernah lupa akan kenangan susah payah kita bersama.

Lebih lebih lagi bila mrpaenku dapat mengupload gambar gambar dari  Camera Video yang lama ingin ku buatkan.Tapi tak pernah berjaya.

Aduh…..I miss all these very much

IMGA0194 IMGA0182 IMGA0195 IMGA0204

I miss the children,kawan rakan,staf dan sekolah .

Dan bila ditanya bekas pengarah how I was doing right now,macam nak jawab saja :

Macam duduk dalam gua,cikgu.

2 comments:

  1. Macam tu lah, kan?

    Sebelum sampai saatnya kita berfikir begitu begini. Bila saatnya tiba, lain dirancang lain jadinya.

    Semoga gua itu tidaklah gelap gelita. :)

    ReplyDelete
  2. Gua ni boleh tahan juga gelapnya kalau tak berlampu.Hai apa nak kata ,rancangan tergendala saja.sabar sajalah.

    ReplyDelete