Thursday, October 14, 2010

tak bawa balik kangaroo sama?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sedar tak sedar dah balik pun anak bertuah itu dari percutian di Down Under.Berpergian seorang diri,risau juga ibu dan ayah .Ialah macam macam yang kurang enak didengar. Kalau pergi berteman kurang lah sedikit risau ini.

Jadi sebelum bertolak,berkilogramlah pesan mama pada anak yang dah besar panjang ini.

Ala mama ni over risau lah.Biarlah , dia tahulah bawa diri sendiri.

Entahlah perasaan seorang ibu kot.Sentiasa risau tentang anak anak.Mau rasanya pergi bersama.Tapi,convocation anak yang lain dan juga perkiraan fulus yang tidak berapa menarik makcik untuk  kesana.Lagi pun kesian pula pada pakli kalau makcik saja yang berpeluang ke bumi kangaroo tu.So biar sajalah .Mungkin ada peluang di lain masa.

Mama,ni ole ole  dari sana….. katanya sambil menghulur sebotol parfum.Hmmm sedap baunya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Untuk abah pula,topi ,parfum,dan jam tangan kiriman adiknya.

Terimakasih tak terhingga.

Tapi kan mana koala bear ? Cik kangaroo tak ikut balik ke?

Melihat gambar gambarnya ,teringin pula makcik nak kesana.Tapi rasanya telah terlambat kerana makanan dan lodging free akan tamat tempoh come 1st December ini.Latest tengok harga tiket dah menjangkau @2000 lebih untuk kesana.Itu pun by Air Asia yang mengembang day by  day.Come late October kakaknya pula kan ke sana sekali lagi.See,when you are financially independent,pergilah ke mana pelusuk dunia,mama dan abah tak marah punya.Itulah sebabnya mama abah tekankan pelajaran supaya bila dah berperkerjaan you are able to see the world!Tapi jangan pula tak ingat dunia.

Eh kalau lah semua urusan anak anak dah selesai dan tidak memerlukan duit dari ayah ibu lagi bolehlah mama pejam mata pergi juga ke sana. Tapi keperluan lain lebih mendesak.Sabar sajalah.Mana tahu kot dapat rezeki terpijak.Kadang kadang orang yang sanggup berkorban untuk orang lain ,selalu dipermudah rezeki dan urusannya.Kata hati menyedap rasa.

Ha kan makcik dah diberi rezeki memijak bumi  England ,Scotland dan Thailand.Silap silap nanti dapat pula ke New Zealand,Switzerland,Greenland,Iceland…eh apa apa sajalah yang berakhir dengan land!

Apa kata kita buat umrah pula ya anak anak.

 

 OLYMPUS DIGITAL CAMERA         OLYMPUS DIGITAL CAMERA

2 comments:

  1. Mamason,
    Kangaroo tak nak ikut. Takut jadi rendang....purrr....meow!

    ReplyDelete
  2. Dell :Tu la mamason dah siapkan rempah ratus dah.Mujuq lagi.Tidak naya.Grrrr.

    ReplyDelete