Makcik ni dilahirkan sebelum Merdeka. 5 tahun lebih kurang selepas lahir barulah kita merdeka. Jadi for the first part of my life the British were super uno.
Malaslah makcik nak korek korek cerita tentang masa lampau.Tapi makcik masih ingat masa tu kereta lembu masih banyak. Kelepok kelepek lembu lembu tu menggugurkan hasil kumuhannya atas jalan.
Ha hari ni dalam forum banyak forummers dok cerita tentang kegunaan tahi lembu kering dalam pembunuhan Datok Sosilawati.
Tajuk makcik nampak advance….cyber…cyberspace and tentu tentang teknologi.
Nahe ….none
Makcik hanya nak cerita apa makcik buat sehari hari.
Sejak berita tentang that gruesome kill,masa makcik banyak kat lappy. Kadang kadang pakli pun naik hangin.
Awat tak hangin,maam nya dah jadi pemblogger tegar.
Awat tak jadi pemblogger tegar,bila makcik gunakan blogger in draft,statistik ini makcik perolehi:
Sep 14, 2010 12:00 PM – Sep 15, 2010 11:00 AM
Pageviews by Countries
Malaysia 71
United States 16
Mexico 10
Vietnam 7
Singapore 5
United Arab Emirates 2
Australia 2
France 2
India 2
Brunei 1
Ewah,blog makcik dah go international.Agak agak mokjadeandell ni dah jadi kucing terkenal lah ye. Satu hari tu bila makcik tengok stat,terkedu makcik ……audience pageviews datang dari France berbelas muka surat.
Tu la sekarang ni makcik dok dalam delima.Nak tulis fully in BI yang audience dia meretasi benua or BM yang lebih dekat dihati makcik.
Last last I made a resolution. Follow my gutter instinct. Syiok sendiri lah mama ni.
Anywhichway,
Makcik dok terfikir fikir sapa sapalah yang dok baca kemerapuan dan kecelotehan makcik kat Mexico tu. Takut pula. Kalau M’sia,Singapore and Australia tu tak lah makcik gabra.Buatnya sendikit mafia dok perati kita….NAYA!
Mana tau depa dok skodeng kita nak ambik statistik tentang kita.Macam CSI tu or FBI.Tu yang dok mai dari negara entah berantah tu.
Tapi tu all my genuine readers makcik rasa gumbira,bila hasil ketukan 2 jari makcik dikongsi bersama.
Andai ada yang tak berkenan dihati tu anggaplah saja sebagai pelengkap hari.
Especially untuk anak anak yang kadang kadang jadi bahan coretan.To pakli too,love you dear hubby.
And lastly to my dear 4 legged beings….love them.
Maaf di pohon andai coretan coretan makcik terasa sengatan semut api.
Ahlan wasahlan.
Bye
Selamat tinggal
Au revoir
sayonara
From makcik blogger dari utara
Malaysia.
hehehe, kena tulis entri dlm dwibahasa la gamaknyer
ReplyDeletecikgu..
ReplyDeletesaya pun sama ngan cikgu,,,banyak silent reader dari nun jauh sana..saya tau kebanyakan nya anak anak Malaysia di perantauan..so kena tulis baik2 dan ikhlas dari kita...hahahaa...
jom join geng makcik blogger kami.....satu dunia ada...
en ee,
ReplyDeletewelcome.Buat subtitle macam tengok wayang kat panggung.gempak rasa.
Pn kak Ezza,
ReplyDeleteMungkin anak anak ini rindu celoteh orang sebaya ibu mereka...masa mula tulis dulu hanya utk lepas apa yang tersimpan dikalabu ( haha).Tapi bila dah anak penakan pun dok baca kena self censored sikit
Nak join geng makcik blogger....kecil tapak tangan ,nyiru ditadahkan.
tulisan2 yg baik, ada isi pengajaran dari yg banyak pengalaman, baik dijadikan bacaan. think gd, insyaAllah takde lah mafia nak risik2 :)
ReplyDeletePn Nursalmah,
ReplyDeleteThanks for the +ve comments.
Moga moga begitulah hendaknya.Tapi kita tak terkejar ledakan teknologi sekarang.Today its in,tomorrow dah out.