As the days grow into weeks ,the plot thickens,the web of the story widens and its getting gruesome with each passing day.
I thought it was only Datok Sosi and her entourage.The victims now is increasing fast.
The last count was at 20!
Dah menyemai Jack the Ripper .Dah boleh jadi rekod paling ganas.
Setiap hari barang bukti yang dijumpai semakin banyak.Dan tak terjangkau fikiran tentang alat alat itu.Pisau pencakuk buah kelapa sawit? Apa gunanya?
Aduh seram makcik memikirkan .
Melihat polis maritim menyelam dalam sungai yang berkeledak dan membawa naik efidevit yang dijumpai,macam tak tergambar berapa banyak barang kes yang bersemadi didasar sungai yang tepu.
Kepingan zinc yang terdapat kesan terbakar,senjata,jam tangan,cebisan tulang.You name it.
Baru tadi ,news at 8 menyebut lagi mangsa mangsa yang disyakki mati kerana bernasib kurang baik berurusan dengan malaikat maut itu.
Syafiq…Jitra seorang lagi nama.Umur 36,seorang kontraktor.Hilang entah kemana.
Kenapa sampai 20 baru kes ini nampak penyelesaiannya.Andai tidak terlerai agaknya apa jadi ye bumi M’sia.Ngeri makcik memikirnya.
Pengalaman sendiri nyaris jadi mangsa mereka ini. Masih ingat sampai ke hari ini.Hari tu kami berkereta ke Kuala Lumpur anak beranak.Melepasi Rawang,entah macam mana pakli menjadi sasaran mereka.Makcik kecut perut tak terperi.
On the road ,we were tailgated and intimidated.Kereta yang dinaiki oleh orang orang seperti ini macam nak melanggar kami.Bila kami nak memotong, mereka melajukan kereta.Bila mereka kedepan,mereka perlahan kereta.Wajah wajah yang persis mafia menunjuk isyarat lucah.Mengucap makcik sepanjang jalan.
Lama juga kami diperlakukan begini.Itulah hari dan pengalaman yang makcik tak lupa.Mujur sampai Sg Buloh mereka melencong masuk jalan .Syukur dan lega melihat mereka hilang dari pandangan.
Entahlah ,apa nak jadi bumi ini.Selamatkah lagi untuk anak cucu mendiami?
I wonder.
Salam, kecut perut kalau dlm situasi macam tuh, bila diekori oleh mafia2 tak kira lah bangsa aper pun sebab mereka adalah syaitan bertopengkan manusia.
ReplyDeleteAllahu Akbar, Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim jauhilah perkara2 mcm tuh dr keluarga kita. Amin