Wednesday, September 29, 2010

When makcik goes hi-tech?

 

Born more than 58 years ago,tentulah taksama dengan mereka yang dilahirkan sekitar 80an kan. Celek saja mata,air dah keluar dari besi,api dah keluar dari kaca.Tak payah dok pam pam or dok isi minyak kalau nak lampu.Tak payah dok tauk timba dan karau sampai berbirat tangan kalau nak air.Tak payah dok merayau kat kebun getah,kumpul ranting pokok yang gugur ,ikat .Letak atas kepala dan turun bukit naik bukit junjung sampai rumah.Semua tu dah tak perlu.

Saying that, makcik  tak malu nak mengaku .I really dont have a good start.Jadi kuranglah nak kenal perkara perkara yang savvy dan high end ni.

Manalah nak kenal segala macam peranti dalam cam corder or switch mana nak onkan bila nak tangkap gambar .Macam mana lah nak kenal yang mana satu USB port. Port untuk kapal taulah makcik sebab belajar geography tanah Melayu masa sekolah rendah.

Jadi nak jadi cerita,amatlah sengsara bagi kami 50an untuk catch up dengan ledakan teknologi canggih manggih ni.Terkial kial cari extension dan port mana yang boleh dicucuk dan port mana yang tak boleh.

image

Masa dalam kerja dulu,makcik ada juga kemahuan nak belajar.Tapi kita baru nak pakai tali kasut orang dah lari berdepa.Tak terkejar.Last last makcik putus asa.Tambah pula masa nak belajar sangat lah terhad kerana dihadkan kepada kerja perah memerah otak yang banyak.Banyak kerja kerja di ringankan oleh anak anak muda dan segala ragam komputer diserah pada mereka.

image

Hari ni pakli bawa balik selambak bahan untuk e-perolehan.Siap CD,pen-drive dan pin segalanya. Makcik pula dah jumpa sambungan wire kepada cam corder.So siang tadi mulalah makcik meneroka benda benda ini .Kalau ada anak anak,tak maunye makcik nak pening pening.

image

Sampai ke malam dua suami dan isteri mencuba cuba sampai akhirnya kepala kami naik pusing.

Cucuk tang ni …..pakli menyaran

Macam tak muat saja .

Tekan butang ni….. makcik suggest

Terus alat itu padam.

Mission unaccomplished.Tapi sikit sikit dah taulah juga selok belok perkara dan angkara.

Akan cuba lagi besoknya.

Kalau tak berjaya…..Upah sajalah! Senang kerja!

image

Eh lupa la nama handphone terbaru maxis yang depa dok berjaga sampai kemalam nak beli.Blueberry ke Raspberry.Keliru makcik.

7 comments:

  1. Blackberry lah Mama,hahaha yg dua lagi tu buah or nama kek. :P Why? Getting new one for your beloved daughter as her homecoming gift? :P Will i be seeing you tonight at 8.30? Wah dengan Safuan pun tak book time cam ni okay. :P
    Love you lots!
    Dah baca kad raya.Did you know the card comes with a picture of you and Ba? Ba cakap mama taktau. Hahaha

    ReplyDelete
  2. cikgu, if tanam minat pasti boleh. my dad is 70 and alhamdulillah boleh skype,facebook,guna electronic gadget...tapi lembab sikit lah, hehehe.

    go cikgu, go....

    p.s lah, ingatkan blackberry ada model baru :)

    ReplyDelete
  3. Dear Mokja,
    Samalah disini. Both hubby and I struggled and stumbled to do things which are a breeze to the younger set. But you know something Mokja, there are some out there who are no better than us even though they're much younger.

    ReplyDelete
  4. Mamason,
    Blueberry or raspberry tu buat pudding roti sedapnya....yummm.....purrr...meow!

    ReplyDelete
  5. Faten,
    apakata kita reverse role pula.Get one for me ASAP....hehe lawak je.Simpan duit to ya.Love the conversaton last night.

    Noir,
    Sometimes ada juga rasa nak give up bila cepat sangat berubah teknologi ni.Petik jari pun tak sempat ,dia dah berubah.It makes people yg old dan people yg tak seberapa old jadi mcm tenggelam dalm sea of massive tech. changes.Tak terkejar.

    Siti,
    Betul tu.I agreed .Ada lagi yg lebih terok.Jadi cheer up and thumb up for you and me.At least kenallah juga blog ni.Sama sama kita belajar lagi.

    Cat dear,
    Puding roti.... mamason dok cari resepi yang boleh menghabiskan kek kek yg masih terismpan dalam fridge. Buat puding kek ,boleh kan.

    ReplyDelete
  6. Mamason
    Samalah kita 'terlewat' paham tentang dunia techno n gadgets tapi ada juga ketikanya I sangat bangga dgn pencapaian sendiri berkat empowering myself.

    Takpe, we go slow and steady ..

    ReplyDelete
  7. Slow and steady wins the race... hehe.
    Dulu masa komputer mula mula masuk,saya antara yang berani mencuba.Tapi bila lagi user friendly,jadi pula ragu ragu.Takut nak cuba,sebab komputer sendiri.Rosak...sapa nak ganti.
    Anyway,banyak lagi perlu belajar...facebook,e-mail ,story board.Rugi sunggoh masa kerja tak ambil kesempatan belajar dan pergi kursus.

    ReplyDelete