Kalau dilihat sejarah,makcik enrol blogspot pada tahun 2009.Bulan June.So hari ni dah lebih setahun 3 bulan lah ye.
Kenapa ye makcik nak jadi blogger ni?
Selepas berhempas pulas dalam bidang pendidikan selama 34 tahun,makcik akhirnya menokhtahkannya pada bulan 4.2008.Maka berjam jamlah makcik punya masa terluang.
Dan akhirnya makcik disarankan oleh anak anak untuk join the band wagon of bloggers
Pakli pula barter trade dengan makcik….. sebuah komputer riba jadi taruhan.Dan yang mendaftarkan blogspot nya adalah mrpaen.
Bila ditanya apa nama nak guna untuk register….makcik garu kepala.Macam macam ada:
Lagu P.Ramli la
Mantra buka pintu gua Ali Baba
dan akhir sekali makcik pilih Mokjadeandell ….tiga ekor kucing kesayangan semua.
Dan hari ini makcik menulis posting ke 463.Imagine 463 in 16 months.Entah apa apa saja.
But this is not the only issue I was pondering.Ada lagi yang bermain di kotak(?) fikiran. Antaranya:
Siapa yang baca? Siapa yang ditarget sebagai pembaca?
Sebenarnya makcik tak tahu pun ada follower,jadi follower ni.Siapa nak baca,dipersilakan saja.Tapi selepas 1th 3 bln adalah mereka yang sudi menjengok makcik.And I thank them a lot.
Already a member? Sign in
Dan amatlah makcik berbesar hati kepada semua.
Mula mula menulis makcik tak hirau tentang benda lain.Ialah idea 34 tahun tersimpan bagai nak meleleh keluar,tapi makcik terperasan dengan perkara lain dalam blogging.Dan makcik cuba cuba saja :
Dah berapa kali makcik tukar template
Dah tukar font
Dah meneroka pula Google reader
Dah guna Blogger in draft
Dah cuba widget widgeo.
Dan yang belum makcik buat adalah join nuffnang atau innity yang katanya boleh buat duit.
Dan makcik belum warwarkan blog makcik pada sukakaum kat Perlis. So tak pernah sekali pun ada life traffic dari sini. Kadang tu seronok juga bila dapat tengok pageview dah pergi sampai Russia,(taulah dia orang ada business interest or are they KGB?).Tapi hari ini makcik teruja ada 41 pageviews dari South Korea..Sapalah agaknya “anak saudara kat sana”……ni makcik tau dari Stat.
Pageviews by Countries
Malaysia
97
South Korea
41
Tadi dalam tv ada orang interview tentang blogger ….macam macam jawapan ada.Tapi kan seorang makcik yang rasanya lebih muda dengan risau di wajah menjawab dia tak tahu apa apa tentang blog. Apalagi blogger.Rugi tau kakcik.
Buat seorang pensioner macam saya,blogging lah cara saya melepas fikiran,merumus ,mengutip pengetahuan.Dan bagi seorang yang tak pandai bergaul,blog tempat saya berbicara,bercerita. Tapi ada pula sekatannya.Tak boleh tulis ikut suka.Ada dress codenya.
Sebab blog ini blog public.Malu kan kalau ada yang tengok ex gb dok cerita yang bukan bukan.Namun kdg kdg kalau dah rasa nak cerita juga,makcik buat satu resolusi:
Biaq pi lah.Bukan nak rugi!Jangan terlebih sudah!
Banyak benar yang boleh makcik tulis,namun ada yang tak sesuai jadi bahan bacaan.Takut menyinggung perasaan.Merenggang persahabatan dan persaudaraan.
The life of makcik blogger could make a novel kalau makcik dapat ilhamnya.
Anyway,yang dah makcik tulis tu ,moga jadi panduan dan pedoman anak cucu dihari muka.
Kot kot kalau ada yang boleh buat pedomanlah.Thats it.
Salam Kak, Sama lah macam saya juga, dah pencen, seronok juga menulis dgn mengguna keypad instead of pen or pencil. Emm..bahan dlm N3 tok sah kira lah, hemtam saja lah labi (ayat PRamlee) janji ngadap komputer, boleh blog hopping/walking..penuhlah masa yang banyak terluang.
ReplyDeleteEmm...teruskan menulis, sama2 lah kita kongsi pengalaman. Sekurang2nya kita dpt berkenalan, walaupun di alam cyber.
Memang tepat apa yang you kata dalam posting ini. I pun blog sebsb bnayak sangat masa yang terluang selepas pencen. But, I can't keep up your pace. You are fantastic. I admire your spontaneity in writing. I can tell that it comes from the heart. Well, it takes one to know one, right Cikgu?
ReplyDeleteSalam Puan...
ReplyDeletepertama kali saya berblog.. semuanya adalah untuk meluahkan peasaan sendiri. Seolah2 berbicara dengan dinding yang kaku dan cermin yang bisu. Hari demi hari rupanya ada yang sudi singgah dan menjalinkan ukhuwah. Alhamdulillah, dapatlah saling bertukar pandangan walaupun saya sebenarnya tiada apa-apa yang berfaedah untuk dikongsikan. Tapi, pandangan dan teguran rakan-rakan maya, memberikan saya inspirasi untuk terus ber'puisi'...
i follow through google reader... kalau mak saya ada blog mesti cerita² dia pun lebih kurang mokjade- banyak yang pasal kucing! hehehe :)
ReplyDeleteKak, I also feel the same way. As a retiree, I have so much time on my hands and blogging has given me a lot of satisfaction and broadened my perspective, not forgetting enabling me to make new friends, including you.
ReplyDeleteI do read your blog regularly. My BM is rusty but reading your blog has helped me to keep in touch with BM.
Please keep up your good work. I enjoy your posts because I know you are very sincere in what you write which is always, straight from your heart.
Take care and have a blessed life!
Do keep in touch. Happy blogging!
Salam
salam auntie
ReplyDeletesaya suka baca blog auntie ni and blog auntie meriam..
anyway, saya pun mula berblog sejak dah jadi suru rumah sepenuh masa, banyak yjugak ilmu yang saya dapat hasil dari blog ni
anyway, teruskan menulis ye auntie
Pn Nani @ Marina Monroe,
ReplyDeleteTq banyak kerana sudi mengikuti blog saya yang entah berantah ni.Bila pension,real time experiences dah banyak kurang,tapi kenangan yang mcm dah tak ada ruang utk simpanan.
Do you know that your blog antara mula mula saya baca dan terus membaca.Love it.
Pn Siti,
Tu baru from the heart,kalau ditulis without it dah 1000 rasanya posting ni.Tapi self censorship yg buat tak berani nak tulis sesedap hati....takut orang maki!NAYA.
Love reading your blog too..
Pn KGG
kucing kucing nilah kawan saya la ni. Macam ada bonding.
Dulu saya lihat kucing as kucing tapi sejak ada mokjadeandell rasanya macam dianugerah utk faham mereka lebih dekat.Lihat mereka dlm perspektif yang berbeza.
your blog rawks.
Kakcik,
saya juga on the same track...rasa seronok bila ada kawan berkomunikasi ...walau secara siber.Macm beri inspirasi nak tulis lagi dan lagi.
Your blog marvelous.
Masterwordsmith,
I rasa delighted with someone like you ,an established blogger menjengok blog saya.Love reading your blog too for the postings deliver messages from another perspective.Humour included.
Hope to continue reading your informative blog ,always.
Pn Zarin,
salam perkenalan.You too got an awesome blog.Dah lawat tadi.Dan terus melawati.