Friday, September 3, 2010

Tiru macam Saya – cermat jimat

 

Cermat jimat or jimat cermat.My mum used to instill into me about cermat jimat.

Cermat,either being the 1st word or second means being prudent in your actions especially spending your hard earned money.

Ada orang tak kisah,nak bazirkan duit sana sini asalkan hati puas.Puas lihat semua serba baru.Puas lihat semua merelit merelap berjenama.Happy sangat sangat dapat apa yang dihajat.Tapi beberapa hari/minggu/bulan/tahun lepas itu mulalah menggigit jari.Aduh! Aawat tak gitu….hutang syarikat,hutang makayah dan lebih malang lagi …hutang along.Datang bertalu.Mengetuk pintu.

Cermat juga dalam penggunaan barang yang dibeli.Pakailah till the last drop:

Colgate /gel rambut tu kenapa tak dibelah tiub dan licinkan hingga habis  bahan tu.

Sabun/syampoo tu goncanglah dengan air sebelum dibuang botolnya.

Bedak talkum tu ,tak payah lah dibeli saiz keluarga  kalau seorang diri saja yang nak pakai.Last last jemu dengan baunya,dibeli brand yang lain.Yang lama walau banyak terbiar hapak.

Apalah makcik ni kedekut.Semua kena habis till the last drop.

Nak ooi,sikit sikit kan lama lama boleh beli saham.

 

Lagi satu,pandai pandailah pujuk diri sendiri.Jangan membazir,Rancangkan perbelanjaan.Kalau hanya nak balik kampung,usahlah berhutang.Tangguhkan perjalanan.Kalau tak mampu tu tak payah pakai kereta CCnya 200. yang 100 CC pun sampai juga.

Ala makcik 100CC dia laju macam siput.

 

Cermat jimat juga bukan hanya dalam mengendalikan financial keluarga tetapi dalam percakapan,dalam perbuatan.Cermatlah guna perkataan dalam pergaulan seharian.Tahulah yang mana sesuai untuk keluarga yang mana sesuai dgn kawan rakan.

Semalam kita buat checklist,sekarang cuba pula buat inventori.Senaraikanlah harta benda anda yang anda simpan bertahun lama.Adakah masih berharga atau telah berkulapok pula.

Apakata kita mula dari meja solek anda.Satu dua mula……

 

Bahan Tarikh beli Quantiti Nota
Bedak talkum B   4 botol hapak
Minyak rambut A   5 tiub berkulat
Lipstick X 2002 3 keras
Lipstick Y 2010 2  
Pin rambut kelmarin 10  
odorono   3  
blusher   4 1 0k    3 ko
       
       

 

Makcik tak funlah hidup kalau asyik berkira.Masa tengah mudalah nak bergaya.Masa dah tua sapa nak kata kita  lawa.

image
Add caption
image
Add caption

12 comments:

  1. ramai yang kata kalau tak daring tak merasa. bila dah terkena baru nak kata tak merasa pun tak apa.

    i'm not wasteful but tak lah sampai buat table macam cikgu :)

    ReplyDelete
  2. hahaha, best lah datang sini, hari² ada 'jadual'

    -kita pernah beli lipstik pakai duit gaji pertama, simpan 5 tahun. nak buang sayang, bukan pakai lagi pun. err, sekarang dah buang lah, dah berkulat.

    -lama tak dengar perkataan odorono, haha!

    ReplyDelete
  3. salam ziarah
    best dapat menimba ilmu disini, dari td menjelajah blog ni, mesti guru matematik dulu kot? ;p

    ReplyDelete
  4. Terimakasih MAKCIK, sebab berpesan-pesan. Adakala kita sangat teruja nak barang baru. Waktu darah muda, perasan lawa, nak lawa lagi. hehehehe itu saya.

    Lama2 bila usia meningkat, dah matang skit, agaknya serik bila sengkek sebelum masa gaji, kita pun sedar dan belajar.

    Saya bertahun2 kerja di kelilingi komplex hebat (SgWang, Lot 10, BBPlaza, Times Square, Imbi...etc etc..) tapi nak merayau sebulan sekali pun malas. Sebab, disiplin diri kena kuat... lama2 ok.

    ReplyDelete
  5. Noir,
    tidaklah makcik dok buat table segalanya utk semua perkara.Just to prove my points.Tapi masa jadi guru dulu banyak lah hasil kreatif makcik.Lebih lagi masa jadi admin.

    ReplyDelete
  6. KGG
    Saya belajar buat jadual masa jadi PK.Bolehkata semua ada senarai semak.Senang as back up weapon bila orang tak puas hati agihan tugas yg kita buat.Tu yang teringat nak apply pula dalam PRT..Pengurusan Rumah Tangga...he he.

    ReplyDelete
  7. SSI,
    Welcome .Makcik guru TESL...ajar Englis la tu

    ReplyDelete
  8. brutal solo... brutal nama
    Enjoy bro/sis.Tapi bila dah dewasa sikit kena tune down.Jangan brutal memanjang ya nak.

    ReplyDelete
  9. AZie,Bagus gitu,kawalan dalaman diri kena kuat.Pooh kiri pooh kanan,datanglah apa cubaan.Teguh iman.

    ReplyDelete
  10. AitotYati
    Kdg2 dgn adanya senarai semak dlm hitam putih,terbeliak biji mata melihat ke baziran yg dibuat sendiri.
    Cuba add lagi ruang utk estimate kerugian.Mau kerunsingan!

    ReplyDelete