Mama,jangan beli apa apa.Tak mau.Tahun lepas punya dah ada.
Tu lah anak teruna makcik.Sentiasa tak mahu apa apa. Very apa saja diterima pakai seadanya. Tapi naluri ibu bertentangan dengan kehendak anak.
Abah,jom pi AS.Nak cari tudung la.You pun baju Melayu tak cari lagi.Simrwen tu takkan nak pakai baju raya tahun lepas.Kan dah guna pi sembahyang jumaat setiap minggu.
So @ 5> bertolaklah makcik suami isteri dengan Kembara.Destinasi kegemaran tentulah T..sco.Punyalah banyak kenderaan macam KL layaknya pekan Kangar yang ciput ni.OOh orang baru balik kerja.Sebab tulah traffic jam..
Sebenarnya semenjak hampir nak masuk 3 tahun pencen,makcik banyak memerap kat rumah. Tu yang jadi peghak bila keluar sekali sekala.
Selepas mengharungi kesesakan jalanraya , perjalanan Kembara lancar sehingga lah sampai ke pekan Air Hitam.Alamak jamlah pula.Nak buka puasa ni tentu tak sempat.Dalam kereta bukan ada apa apa bekalan.Gulp.
Bah,kenapa temperature tinggi.Makcik terpandang indicator temperature yang mencanak naik.Habislah kita.
image googled
Mujurlah stesen Shell hanya nun didepan sana.Pakli gagahkan membawa kereta yang tengah naik angin suhu.Minta minta tu janganlah berasap kereta kesayangan makcik ni. Ini lah saja harta makcik.5 kali bayar instalment saja lagi.
Alhamdullilah,selamat semua. Kalau tidak naya!.Kereta makcik dah jadi lanyakan anak anak tetapi tak ada siapa lah yang menyayangi dia untuk ambil tahu sakit demam dia.Tu yang dia buat hal hari ni.
Azan berbuka dah berkumandang bila kami sampai ke T..sco. Sempat tegok air mineral semulut dua.Menuju ke foodcourt,tiada sebuah meja yang kosong.
Eh..tu keluarga acik..Adik pakli sekeluarga sedang berbuka.Nak join tak cukup meja.Jadi apa ikhtiar ,apa daya.
Makcik ,joinlah kami ….. a young couple mempelawa kami.Pucuk dicita,meja yang datang.Apa lagi cari kerusi,join sekaki.
Dipendekkan cerita,hari ini makcik rasa ceria…orang orang yang makcik jumpa ramah ramah belaka.
Dari SA kedai baju melayu,tudung hinggalah cashier semasa membeli barangan.Siap lagi beramah mesra bercerita yang dia tak dapat balik ke Johor berhari raya.Kesian anak muda.
Datanglah ke rumah makcik berhari Raya ..makcik mempelawa.
Mangkuk ni nak guna makan mee kah?
image: pinjam umiyumi blog
Ahhha. Nak rasa datanglah.
Dua anak gadis masa sama sama membelek kad ucapan,ramah sunggoh .
Makcik beli kad ucapan untuk anakanda.Tentu sampainya bila dah habis hari raya.Makcik bercerita apabila ditanya.
image pinjam zaiaziz fotppages
Juga tak lupa pembantu kedai Shell yang datang bertanya kabar jika kami perlu bantuan.
Maklong…boleh saya tolong.
Eh,betullah.Makcik memang maklong.Kerana makcik menantu sulong.He he.
Hari ni anak anak makcik tak ajar buat jadual.Tapi apa kata nanti nanti kita belajar apa itu Penarafan Kendiri.Mahu?
Ehh mama ni buang tabiat ke asyik dok ingat balik dokumen dokumen sekolah tu….. kata anak anak makcik.
Tidakla. Makcik nak buat SOP utk kuih raya la.
Cikgu...
ReplyDeletebila-bila kita masih jumpa kesopanan dan budi bahasa dikalangan bangsa kita, memang sejuk rasa hati... Alhamdulillah...
MAKCIK... agaknya masa dalam servis dulu MAKCIK ni sentiasa berbuat baik dgn orang tak kira sapa. Sebab tu sekarang bila tengah susah, ada jer orang yg mai tolong.
ReplyDeleteKadang2 tak sangka pun, kan? Alhamdulillah..
Pn Rahmah,
ReplyDeletebetul sekali.kadang kadang bukan perkara besar yang menjadikan kita rasa seronok dan dihargai.Takat senyum pun dah macam kena loteri.
Azie,tokton selalu buat baik pada orang walau peminta sedekah kaum lain.Ada aci yang datang kerumah selalu dapat kuih dan daun sireh.Tokton kata kita buat baik macam beli saham untuk anak cucu kita.
ReplyDeleteSo far,makcik selalu ditolong oleh orang yang kita tak sangka.Biar lain bangsa dan agama.Alhamdullilah.
Lagi satu pesan mak: Niat jahat jangan sekali.
i love you and tok ton:)
ReplyDeleteLove you and tok ton too.
ReplyDelete