Singgah dulu makcik,pelawa seorang penjual.Tengok tengok apa yang berkenan.Tangan menghayun ranting yang dihujungnya diikat plastik.Untuk menghalau lalat lalat dari singgah ke atas jualannya.
Air tebu,air carrot,mari mari macam macam air. Teriak pula seorang brother sambil tangan menunjukkan balang balang yang berisi air pelbagai warna.Hai , air ke water colour?
Itu adalah antara warna pasar Ramadan yang makcik kunjungi di Bandar Puteri,Sg.Petani.Kebetulan nak berbuka puasa beramai ramai,maka kami singgah ke situ untuk buah tangan.
Kesian makcik lihat pada sebuah gerai ikan bakar dalam talam yang tak berjejas langsung.Kata pun ikan bakar,tentulah pengunjung mencari ikan yang sedang dibakar.Kalau dah tersusun sejuk dalam talam dan api tidak kelihatan,tarikannya tentu zero.Maka sayu lah yang makcik nampak pada wajah penjualnya sambil tangan menghalau lalat.
Masa berbuka tadi,untuk menambah lebat dimeja,pakli membeli dua lagi lauk untuk berbuka puasa dari gerai di Jejawi.
Eh,ni daging ke plastik.Kuah pula tawau hebiau kata orang utara. Betul.Tak ada rasa masin langsung.Tawar seperti air dalam guri.
Yang dah ditakung berhari hari.
Cik kak,kalau nak jual tu,kajilah dulu kebolehan.Kalau isi rumah pun tak lalu makan,janganlah harap orang lain tak begitu.Sekali terkena ,sorrylah.Itulah kali pertama dan terakhir beli kat situ.
Sebenarnya,walau stadium Kangar dekat rumah,makcik sekali pun tak menjengah.Hari hari pakli yang pergi beli.Dari lauk,kuih muih dan sirap anika warna.Makcik dirumah,masak serba sedikit.Bukan tak mahu diletak gambar apa yang di masak,tapi kasihan pada 3 anak yang dirantau.Takut meleleh air liur tengok masakan kegemaran mereka.
Hari ini makcik masak gulai ketam,kacang boncis daging.Berselera nampaknya anak yang balik rumah walau sekejap.Baliknya kerana urusan dan malamnya balik pula ke Kuantan.Adoi kesian.Namun syukur kerana semuanya sudah settle dan padaNya kami berdoa agar dirimu dirahmati dan dilindungi. Yang lepas jangan dikenang dan yang buruk buat sempadan.Semoga anak mama ini akan berada dalam keberkatan.Amin.
Love grows stronger when we faced calamities together.Love you however and whatever.
Memang ada segelintir peniaga Pasar Ramadhan yang ambil mudah dan lewa tentang rasa dan kualiti makanan yang dijual. Tak berkat tu...
ReplyDeletesalam cikgu...
ReplyDeletesetakat ini, anak-anak kami masih belum dilepaskan merantau kerana belum cukup umur dan belum cukup ilmu..(SPM pun tak lagi..)
masih menikmati berbuka dan bersahur bersama-sama...
untuk jangkamasa 10 tahun lagi..wallahualam...(mungkin situasinya sama macam cikgu....)
Pn Azie,
ReplyDeleteItu yang bawa balik makanan yang dijual.Sekali orang terkena,tak kan pergi lagi,pendeklah rezeki.
Pn Rahmah,
ReplyDeleteSaya rasa macam saya tak cukup bagi makan anak puas puas,mereka dah berkerja ketempat lain.Masa kerja saya kurang memasak.Kesian depa.