Tuesday, August 17, 2010

Apa dah jadi?

 

Sehari dua ini kita melihat banyak insiden amuk terpampang dalam akhbar.

Kelmarin dulu,isteri jadi mangsa suami yang memang gila.

Hari ini masih ada lagi berita yang serupa.Orang terdekat mencederakan isteri anak dengan asid pula.Eh apa dah jadi?

Banyak juga hal hal begini yang makcik tengok,dengar dalam hidup seharian.Suami panas baran dan kaki dan tangan saja yang jadi perantaraan.Rasanya macho la kot boleh berbuat demikian.

Ada suami yang setiap kali berkelahi,mengasah parang macam nak berperang.Anak isteri hidup dalam ketakutan.Takut nyawa melayang di hujung parang.Mengadu ke pejabat Kadhi,disuruh bersabar sentiasa.Ha,nanti dah jadi cerita barulah semua nak buat kerja.

Tapi mujurlah suami itu dah mati!

Semasa bertugas,banyak juga berjumpa dengan individu individu yang begini.Bila bulan mengambang,maka takutlah semua yang ada, kerana pakcik ni walau pun tua ,akan jadi naga.Habis anak dara nak di kahwinnya.Eh,bukan anak dara saja yang dia berkenan tapi juga isteri orang.

Satu hari dia berkenan tuan guru besar sendiri.Tak kan gila setengah mati.

Semalam anak bercerita.Diatas bas seorang yang nampak kurang buat hal dia.Bercakap kuat kuat,sambil ketawa. Awat tak kecut perut semua yang ada.

Makcik pernah melihat orang mengamuk.Masa tu makcik masih kecil dan lihat orang berlari lari.Ada polis pula dok kejar .Dan tak berapa lama kemudian,dari hutan,seorang yang berlumuran darah dibawa keluar.Dia dah cederakan dirinya sendiri.Itu adalah satu mimpi ngeri disiang hari.

Mohon  dijauhi Allah  semuanya  ini.

4 comments:

  1. Cikgu...
    memang terasa sangat masyarakat kita dah tidak seperti dahulu. orang melayu yang terkenal dengan sopan santun dan berbudi dah menjadi pembunuh, buang bayi dan menyiksa isteri...
    adakah didikan agama yang kurang? pengaruh dadah dan kehidupan bebas maksiat?...
    Malu dan sedih dengan keadaan sekarang.

    ReplyDelete
  2. Pn Rahmah,
    Ngerikan memikirkan sepuluh tahun dari sekarang.Agaknya zaman jahiliah kembali.

    ReplyDelete
  3. Salam mokjean,

    Betul, hari-hari ada macam-macam berita yang menggerunkan. Hari ini pulak berita sedih, kematian ibu dan 3 anak dalam nahas jalan raya....sedih meruntun jiwa, anak-anak comel pulak tu.

    ReplyDelete
  4. Auntie Yan,
    Betul tu.Nampaknya dalam sehari dua ini ada saja berita ngeri .Mengapa ya.parang ,asid,eksiden.Ada saja.

    ReplyDelete