Ke Cameron Highlands kami lari.Untuk menenangkan hati yang senak,dengan masaalah yang tak pernah surut. Datangnya bertali tali. Habis satu,mai lagi.Bila eh nak berhenti.
Agak agaknya makcik kesana dah 4 or 5 kali.Lawatan sekolah semasa masih dalam tugas lagi.Begitu juga untuk berkursus .Selalunya dengan famili lawatan yang dibuat tak pernah dirancang.Tau tau tengok Tapah,Cameron Highlands, sorang kata jum,yang lain mengikut.And Hi Cameron Highlands here kami datang!
Masa balik dari urusan di Kuala Lumpur,kami tak banyak cerita,rasa nak naik,kami pi saja. Kalau ikut Tapah, jalannya berpusing,berliku.Jumpa air terjun ,jumpa orang asli,tapi tak jumpa h2n2 .Nak sampai kecut perut,jalan bengkang bengkok,I tell you.
Dari Gunung Pulai pula jalannya jauh,tapi selesa.Taklah seriau tengok gaung sentiasa.
Hotel ni pujaan kami,kalau kesini. Century Pines tak pernah miss walau sekali.
Tapi the last time were there,it feels that was the last .Tengok Cameron pun dah rasa panas.Tu la asyik rakus tebang ,sampai sana sini tanah runtuh,sana sini lumpur . Last last Karam Singh Walia yang kena lapor.
Kalau hati terasa susah,usah ke Cameron…….eh mama buat dah , nak jadi KSW pula!
Terbakar hutan nampak api ……. he he.
salam cikgu...
ReplyDeleteawal 80an... cameron mmg indah.. sejuknya hingga ke tulang...tp sekarang.. spt yg cikgu kat...cameron dah tak payah pergi...
Dulu menggeletar sampai dagu kalau pi genting /mimaland pun.Thn 70 an. Terlalu sangat commercialised ,tu jadi haru biru.
ReplyDelete