Thursday, September 14, 2017

DIY...bila bil air melambung ke awan, mesti ada tempat yg kebocoran


Sedang aku memandu iriz ,aku terpandang ayah cikli aka my FIL mengambil surat dari peti surat.
Aku turunkan tingkap dan ayah menghulurkan bil air bulan ini.

Aku mencapai kacamata dan merenung angka angka dibil tersebut.
Betullah bil air rumah kami.
Tapi... eh kenapa jadi sampai beratus ni.
Mustahil!
Selalu hanya dalam anggaran 20 hingga 30 saja.
Cheee Sin..

Aku teruskan juga perjalanan tapi otak mula ligat menerawang.
Eh .. apa hal bil air naik bulan ni.
Mulalah buat assumptions..
Lupa tutup air kot.
Air tandas tak berhenti keluar ni.
Paip pecah kot.....adalah antara andaian andaian itu.

meter air ku buka penutupnya...

Balik dari klinik,pump air di tutup.Operasi basuh membasuh di put on hold.

Hari kedua,balik dari klinik,cikli ternampak air membusar keluar dari bawah tayar kereta nya. Dah sebulan lebih kereta tu tak kemana mana. Berkabung seperti tuannya.

Pak din tukang paip dipanggil. At five dia dtg betulkan paip yang bocor. Cikson tak ada kepakaran nak betulkan paip bocor tapi bila lihat dia lakukan macam boleh sendiri saja. Tapi kena ada kelengkapanlah. Forget it... cikdin hanya kenakan 20 utk baiki 2 tempat yg bocor.

Baru lega...
laju saja dia ....

Hmmm ni lah bil bil air RBL utk dijadikan bandingan...
Mau ribu ribuan jadinya kalau aku tak ambil tindakan
Hadooi....bukan orang sakit saja yang perlu perhatian
Segala makneka tokneka hal perlu aku lakukan....
bacaan selalu

lihat.... brapa ratus persen dia meningkat.. penat penat..
Peringatan utk diri..
Bila lihat air dipaip bercampur lumpur,itu tanda ada tanah dah masuk dalam paip air. Tanda adanya kebocoran dimana mana.
Kalau ada tempat kering bertukar jadi danau tasik ..cepat cepat ambil tindakan. Jangan dok berlengah lengah.
Dah menggunung bil begini,baru sedar diri.
Bil bil air dan api boleh saja bayar on line..

Hai... entahlah labu.
Thats all folks. Bye. Pengalaman jadikan pelajaran.

Wednesday, September 13, 2017

WW.... bila dengar dia menyanyi



Bila dengar dia menyanyi
Rasa tenang hati
Walau hanya lagu ABC

Bila dengar dia menyanyi dan menari
Rasa terhibur hati
Kurang sikit rasa yg membeban diri

Fahim Zaidan
Cucu kami

Cucu kami...




Tuesday, September 12, 2017

Ada ada saja.... thru ups n downs


Done ferrying cikli to his daily Klinik Satu Malaysia visit. I then rushed to the nearest serupamarket to replenish the pantry.
Browsing through the aisle, quickly grabbing the needs,paid the bills and rushed back to cikli who has already done with the daily dressing.

Adalah ala ala supergirl.. Zupp zapp SIAP!

Hmm.. where to next?
Manalagi kalau bukan restoran. Cari makan. Tak larat wei nak balik masak lagi bila jam dah 12 tgh hari.
Over a plate of rice, topped with this sayur and that sambal belacan and washed down with a glass of nescafe,I was one satisfied customer. So was cikli although the price was more than the previous day.

Then the drama began...

Awat pintu tak boleh bukak niiiii.... the keylock was as tight as it could be. It wouldnt budge nor would it unlock.
Dah sudah... it was nearly half an hour we tried to open the lock but to no avail. Rasa macam nak bagi karate kick saja. Tapi rosaklah pintu. Mau lagi besar belanja perbaiknya.
Luckily there's a heroine to the rescue.
Cikli's niece was nimble with her fingers and with some foresight managed to open the lock.

Yabedobedoooooo. Selamat pintu!

Then my hubby exclaimed. Son,look here. Mana mai ayaq banyak ni.

Oh my... terjawab sudah misteri kenapa bill air naik menggunung. Paip pecah rupanya. Aduhai..tambah lagi sesak didada. Tukang paip cikli panggil segera.Nak duit saja saja..

bacaan semalam

bacaan harini... 



Browsing the phone, I noticed a few unanswered calls , a few messages and notifications.
Did what I could to help . For me its easy.. If you could,help. If you cant...feel sorry for it.
May the little things you do for others be like a boomerang when you are in time of difficulties.

The picture of my late mum who went to help even the aci tua minta sedekah was still vivid in my mind.

Thats all folks...
Nak tukar kunci,nak tukar kunci
Nak pebaik paip .... nak masak

I say shutup to my wandering and overthinking mind and relapse into a sleep.
Lepas asar sambung balik .

Bye...


Monday, September 11, 2017

UPSR datang lagi







Hujan pula pagi ni.
Mujur dah berhenti
Tapi sejuk dingin pula rasa tangan dan kaki.


UPSR ya hari ni
Buat yang terbaik ya anak anak yang dikasihi
Baca soalan dengan cermat,tanda jawapan dengan teliti

Ayah ibu jangan susah hati
Iringi doa anak anak yang disayangi
Dengan doa setulus hati
Agar mereka tenang menjawab soalan soalan yang diberi

To all UPSR students,makcikson aka cikgu pencen mendoakan agar anak anak diberi taufik dan hidayat untuk mendudki peperiksaan besar ini.Do YOUR best and lets God do the rest.

boleh lihat ragam mereka yg beragam bila jawan soalan

Having said so,I still remembered my first time taking a big public exam back then in the 60's. The 5 year three girls of Sekolah Perempuan Kulim ,Kedah were among the pupils put to test on that day.
Darjah 3 ...masa tu umur 8 to 9 years. I was among the rest of the girls from year 4 and 5 in the hall.
Ramai woooo. Terpinga2 cikson sbb yg lain dah besaq sikit. Kami darjah 3 pakai kain pun mak tolong lagi..
Next to my seat was a girl from another school as I had not met her before. Dia pakai bedak sejuk .
Soalan soalan yg cikson jawab tu merangkumi beberapa pelajaran.
Dan antaranya adalah perumpamaan...dalam gula ada apa?

thn 60 an ...mungkin adakah tempat yg macam ni.
Tak ingat pula cikson keadaan dalam bilik periksa tu.

Gempar sekolah bila antara yg lulus entrance exam ke SMC ..special Malay class adalah 5 orang murid thn 3 tu. Masa masuk kelas di SMC tu cikson naik darjah 4 bersama2 murid2 tahun 4 dan 5. So dalam kelas tu cikson antara yang muda. Kena bully sentiasa. Dah la selenge masa tu tak pandai bergaya. Miskin pula.

Peperiksaan kedua masa thn 6. Mujur lulus juga naik tingkatan satu kat sekolah yg digeruni. SBS. 3 tahun lepas tu LCE and another 2 years SC/MCE. I did get offer for form 6 after SC/MCE.

Tapi itulah... banyak yang terjadi. Last2 begini...jadi cikgu sampai pencen.



Kenapa cikson berhempas pulas memastikan anak2 cikson diberi perhatian secukupnya semasa mereka UPSR? Ada yg kata UPSR... buat apa lah susah susah.
Memastikan mereka ditempatkan disekolah pilihan adalah kemahuan. Tapi tanpa result tak elok usahlah berangan. Untuk sekolah premier selalunya kena semua A. Nasiblah kalau tahun itu diterima yg tersesat B. Itu pun kena duduki peperiksaan dan diteliti pencapaian kokurikulum.

Thats all folks for today.Bye.

Murid2 SK Sena ,SKRPB,Kayang,Stella,Utan Aji, TT Bandar,Gedangsa... sekolah2 yg cikson pernah ajar mesti ingat susah payah kita menghadapi UPSR bersama guru anda . Apa yang kita tak buat kan..

best of luck anak anak