Monday, June 19, 2017

Akhirnya... baju baru kerusi makan 2017


Akhirnya muktamad . Mesin jahit boleh bertukar jadi meja laptop akhirnya. Dah berhenti bunyi ngauman dia bila kaki dipijak pada motornya.

Dan....jeng jeng inilah edisi 2017.
Cara menjahitnya.....nantiiiii. Bila rajin cikson cuba dokumentasikan supaya tidak hilang dari ingatan.Senang nak refer depan depan kemudian.

Ada riben pengikat ditepi

Tali pengikat bawah kerusi


Riben pengukuh kain dibawah kerusi supaya kain tak lari

badan dan tempat duduk dicantum

bahagian tepi skirt kerusi

Sash diikat begini. Guna kain asal saja.

Rupa tepinya

Rupa muktamad dia
belakang masih ikat getah....nak pi cari apa2 yg boleh guna dikedai kain satu Malaysia..
Kalau bergetah sampai raya... haha


Sunday, June 18, 2017

Bila nasi jadi bola....toing toing toing.

 Menonton video dalam fb semasa menunggu azan berbuka, hati jadi gundah gulana.
Dua video fb masuk dalam newsfeed cikson menceritakan isu yang sama. Heee..nak dekat bukak puasa ni tertonton pula hal begitu.

Nasi plastik!
Brand beras yang ditunjukkan pun adalah beras yang sama. Baru taksat cikli pi beli dekat supermarket dekat rumah. Baru dua pot cikson masak dalam rice cooker.

Apakata buat eksperimen macam video tu.
Nasi dikepalkan menjadi bola.
Lantunkan dia
Toing toing toing laju saja dia melantun macam bola . Dapat kat Fahim tentu dia suka.
Cikson bakar pula . Dia berbunyi shrit shrit macam palastik...dah kenapa kau.

Well.... cerita kat cikli. Cikli kata tentu KDNKPK apa ke entah dah pantau. Tentu KKM dah tau cerita ni bukan baru. Tentu kerajaan tak biar benda ni berlaku. Kalau benar nasi tu plastik,dah lama kita semua mati berjemaah. Itu rational cikli.

Lauk semua dah berhidang. Nasi terpaksa jadi santapan. Cikli makan berpinggan pinggan. Tapi cikson macam tercekik kat kerongkong. Akhirnya makan lauk yang lebih. Roti Benggali Penang mari berkrim dan berkaya yang jadi habuan.

Lepas tu cikson watsap anak anak. Anak yang makan beras Brasmathi cikson suruh dia jalankan ujikaji. Beras mahal tentulah ok kan. ...

Tadi terbaca pula dalam forum...ada yg kata nasi kalau dikepal memanglah jadi macam tu...oh gitu.
Entahlah...tak pernah kepal nasi sebelum ni dan jadikan bola yg melantun

Toing toing toing.....hehe. Tak berkecai pun.

Saturday, June 17, 2017

Teaser... jait menjait kerusi makan


Tunggang terbalik routine dan RBL jadinya 2 hari kebelakangan ni.
Balik dari KL terus cikson lancarkan operasi projek jait menjait yang diingin dari dulu.
Semasa di KL,di Jakel kain langsir bukan langsuir dibeli 13 meter. Maunya hanya 7 - 8meter tapi kerana kain itu dah sampai penggulungnya ,maka tidak maunya si saleman memotong lagi. Maka kembalilah cikson ke Perlis dengan mengheret 15 meter kain naik ETS. Naik turun eskalator KL Central pula tu. ...

Mujur semua lancar semasa menjahit. Mesin vintage Inai Singer laju saja merempit dibawa tuannya. Hanya kali ini cikson tukar sikit style jahitan. Masih mengekalkan riben tapi kali ni dijadikan sash.

Kalau interested nak tau macam mana cikson buat step by step.... nanti2kan posting DIYnya.
Buat masa ni,ha...ni dia gambar2 kejadian.

tempat duduk nya 

bersama tempat sandar

kain selendang atau sasahnya

acah acah dulu  ...ikat getah

Depannya begini mulanya

Di gayakan begini pula


Nah.... dah siap semuanya
Tunggu raya nak bergaya

Wednesday, June 14, 2017

ww.......on your mark,get set,go!


Kain telah di basuh dan dijemurkan

Mesin tua telah dikeluarkan

Pelarasan telah diselaraskan

Ujian telah dijalankan
Smoga dipermudahkan urusan


 Getting ready....