Tuesday, September 19, 2017

Anak anak yang terbiar...

Melalui pintu gelongsor kaca
Mata melirik melihat dia
Tunggul kayu mati yg dah sekian lama
Jadi persinggahan mereka yang terasa lelah agaknya
Di atasnya mereka bertenggek sementara
Bermenung,memikir masaalah masaalah yang melanda
Begitulah yg aku simpulkan selalunya

Tunggul kayu jadi tempat berehat si ayam hitam
Mengambil tempat kucing kucing yg lama tak berkejaran
Sejak anak anak pergi
Ninasandaq nampak murung sekali
Mula mula dia mengiau mencari cari
Lama kelamaan dia macam telah mengerti
Yang anak anak dia semuanya telah tiada lagi

Kucing pun tahu meratapi kehilangan anak anaknya
Tentu sukar ibu dan ayah yang hilang anak anak lebih lebih lagi dalam keadaan yang begitu rupa
Hingga pagi ini ,air mata masih mengalir laju bila aku terbaca kisah anak anak itu.

Masih aku teringat anak anak yang pernah aku ajar selama aku bergelar pendidik . Berbagai ragam yang ku temui. Ada cantik,kacak,kaya namun ada yang daif ,hodoh dan bodoh.  Ada yang baik bagai malaikat namun ada yang nakal,gagal sepanjang hayat..

Aku yang semasa sekolah daif ,hodoh dan miskin lebih suka mendekati anak anak yang kurang serba serbi. Rasa amat teruja kalau mereka yang nakal mahu mengikut pelajaran ku. Sangat berpuas hati kalau anak2 ini menunjukkan walau pun sedikit kemajuan. Dari yang mengoyak buku ,jadilah kalau dia mampu tulis sebaris ayat.
Rasa tersentuh hati bila anak anak yang tak terpilih menjadi wakil sekolah untuk pertandingan BI mahu menunjukkan juga bakat mereka. Aku benarkan mereka naik pentas. Lihat mereka berebut berbaris dan menunjukkan apa yang mereka tahu menyentuh hati aku..Walau langkah mereka songsang dan canggung,namun itulah yang membuat hati aku berbangga dan tersentuh.
Murid 2 SKRPB tahun 2 tak ingat pula tahun bila..singing you are my sunshine buat aku mengingati mereka sampai bila bila. Ya Allah ,lindungi anak anak itu.
Aku rasa aku macam Mary Poppin dengan anak anak itu. Gembira menyanyi dan menari .
Semoga mereka membesar jadi insan yang tak memalukan ibu dan ayah.Walau akademik tak menyerlah,namun mereka anak anak yang baik.
Harapan aku untuk semua anak anak kelas belakang. Smoga mereka jadi orang.

Membaca kisah anak anak terbiar, aku rasa sedih sangat...


6 comments:

  1. Melihat kisah ahli sukan para yang serba kekurangan dan tidak pandai belajar tetapi akhirnya menjadi juara dunia, membuktikan pepatah 'belakang parang jika diasah lagikan tajam...'

    Semoga mereka yang tersesat, akan bertemu juga jalan keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kakcik.Setuju agar mereka yg sesat dapat cari jalan keluar.

      Delete
  2. Sesetengah tu dah boleh nampak kejaguhan mereka sejak kecil tetapi kebanyakkannya tidak. Tetapi yang pasti, insyAllah mereka bakal berjaya didalam bidang yang mereka ceburi..

    ReplyDelete
  3. Kita mengajar mereka agar menjadi manusia berguna nanti.
    Yang tentukan pandai tidaknya itu kerja Allah.

    ReplyDelete