Tuesday, May 2, 2017

Wedding Fahmi & Ily di SP..anak menakan cikson pula kali ni.

Berlangsung meriah di Dewan MPSP Tikam Batu, majlis resepsi sambut Menantu adik Cikson dihadiri cikson dan cikna pada awalnya....cikli tinggal di Kangar merai dan meramaikan majlis Lily di sana.

Pengantin diatas pelamin yg cantik berseni

Santapan Pengantin 
Segak bergaya kaum keluarga pengantin lelaki dengan pakaian sedondon,menguntum senyum sepanjang masa majlis berlangsung.

Semalamnya adik mengadakan majlis tahlil dikediamannya di Saujana Puteri, SP.

haha... yg ni lucuu....dua beranak segak bergaya atas ETS menuju destinasi mereka.
Bermula seawal jam 12 tidak putus putus tetamu yang bertandang hingga majlis selesai jam 4.30 pun tetamu masih lagi ramai. Dapatlah cikson bertemu sanak saudara yang lama tak jumpa. Tapi cikson ni jenis bluuur... rupa org susah nak dicamnya. Maka dia pun terpinga pinga megingatkan siapalah orangnya yang menyapa mesra...Kadang2 rasa nak hantuk kepala keran jadi sangat pelupa. Entah2 orang ingat cikson ni sombong tak kena tempat orangnya... aduhai .

Cikson tak banyak snap gambar,so gambar gambar banyak yang dicilok...hehe.

Kepada anakanda Fahmi dan isteri Ily,makngah ucapakan selamat Pengantin Baru semoga kekal bahagia hingga akhir hayat bersama. Buat adik Han dan suami, selamat menyambut Menantu yg ke tiga . Seronoknya..

Dua beradik pun turut sama
Seronok tengok camadarie antara family yang bertungkus lumus melancarkan majlis. Sedap makanannya. Cantik dan selesa suasananya. Sayang kamu semua..

cant help but love this picture... cucu saudara bersama mama
Comel comel mereka


Dengan pengantin gambar bersama

Taraaaaaa...4 remaining adik beradik yg ada...dah season antaranya
Ada YB...yang bersara
Ada masih bekerja.

Terserempak pengantin berphoto shooot di Pulau Sayak

Anak2 ciklicikson y datang....bersama pengantin perempuan.

Fohiiim,! and his eeeena



Pengantin bersama adik yg lucu
Last sekali...gambar adik2 cikson bersama
Entah bila la lagi dapat berjumpa


Thats all folks. Two weddings 3 Receptions. Bye.

4 comments:

  1. Selamat pengantin baru buat anak menakan Cikson 😄 Cantik gaun pengantin 😍👗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Nour,
      Kalau tak silap gaun pengantin tu inspirasi dari FRozen rasanya.

      Delete
  2. dulu mak bapa kita, sekarang kita. menghadiri kenduri bukan sangat untuk makan tapi lebih kepada nak jumpa adik beradik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat IM. Masa nilah kita dapat bersua muka dengan mereka yang lama dan jarang berjumpa. Tengok2 dah tua tua dah semua.

      Delete