Wednesday, May 3, 2017

Dinner di Koma....


Mengunjungi Komalaut untuk makan malam,aku tergamam dengan wajah suram ,kelam . Kedai dihujung yang aku beria ia nak mengunjung tidak dibuka. Begitu juga kedai dihujung satu lagi. Dah lama dia tak beroperasi. Sharin Low yang penuh tanglung bergantungan pun dah lama gulung. Yang tinggal hanyalah Mona. Tiada pilihan untuk memilih yang mana suka..

Suram benar iklim perniagaan sekarang . Zaman orang tak berbelanja ikut kemahuan . Setakat nak makan ikan bakar dah tak jadi keutamaan.

Mengambil tempat dimeja,kami menunggu hidangan untuk berdua dengan sabarnya. Terhidang ikan bakar,kamu pun menjamu selera. Sebelum tu cikli ke kaunter ,minta ikan tidak dimasak dengan sos yang merah menyala. Cukup sekadar santan saja.
dua mulut saja yg nak menjamahnya
Rasa nak tapau saja boleh juga bekal makan esoknya
Issssh...kat cikli. Malula..haha

Hari hampir senja,langit gelap gulita. Was was juga takut hujan menggila. Cepat cepat habiskan makanan didepan mata. Bayar harga makanan...@ 58 ringgit untuk berdua dan cepat2 menuju kereta.
Sepanjang jalan pulang,gerai mempelam pula menggamit kita. Dan akhirnya terbelilah serba sedikit buah mempelam yang bukan jenis harumanis yang mahal gila.

Nak tahu berapa harga harumanis yang terdapat digerai itu? RM 40 sekilo.Maka terbantutla selera nak merasanya.

Sebelum ke Kuala ,kami singgah menziarahi adik cikli yang kurang sihat. Semoga Tie cepat sembuh dan jangan skip makan ubat.

Sepanjang jalan pulang, signal kereta memberi tahu yang cik iriz kena hantar untuk service...duit lagi!

Memang cikson malas bergerak keluar rumah,kerana duit melayang layang keluar. Hanya untuk makan malam dan 4 biji mempelam...100 ringgit dah terbang.Phew!

Malam sebelumnya, makan lempeng pun cukup kenyang....
Inilah normal kehidupan zaman mencabar alaf 21 . Belanja kena berpada pada. Kalau tidak ....tak taulah apa nak kata.Belum cukup bulan, dah garu kepala.

Thats all folks. Bye.
Kat sini kami makan malamnya
Kerana dialah satu satunya kedai yang dibuka
Yang lain rapat pintu ditutup mereka
Awatlah... pasai apa

Ciklicikson suka yang di saibar santan saja
No sos merah nyala atasnya

4 comments:

  1. Hidup sekarang berbelanja ikut keperluan, bukan lagi kehendak...

    Lainlah kalau duit yang ada berkepuk hingga tak tahu hendak dibelanja ke mana. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kakcik.
      Sekarang ni kalau boros mau pitam belum cukup bulan.

      Delete
  2. Alamak, tiba-tiba selera saya untuk makan ikan bakar mula membara.....masalah nehh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle,
      Naik ETS...teruih sampai Arau. Kuala Perlis 10 km saja dari situ.Boleh kena angin laut sambil mkn ikan bakaq/ Jangan lupa bawa Marina dgn auntie sekali.

      Delete