Wednesday, September 21, 2016

Nak beli tiket ETS...mai nak habaq mai

Hari ni ciklin buat keputusan membeli tiket balik negeri.
Mula mula tengok flight tickets. Mula mula murah saja untuk berdua. Dalam dua ratus saja. Tapi sehari demi sehari harga mendaki bukit. Mau sakit...Tambah duit taxi..mau mati..hihi.
Naik bas rasa lenguh baru sampai. Dah sampai badan longlai.
Kita naik ETS sajalah...si ibu beri cadangan. Nak beli awal awal kena tengok appointment.
Last last Hari Jumaat jadi pilihan.
Maka bermulalah episod menempah tiket bermula.
Mula mula on line...tapi timbul keraguan sebab printer off line pula.
Talipon KTMB 1300 88 5862 ...dah tiada dalam perkhidmatan kata suara belah sana.

Cari nombor talipon KTMB 03 22671200 ...malangnya urusniaga separuh jalan.
Dan malang lagi nombor KTM Arau...04 9861225...berdering tapi tiada penunggunya.Membisu.

ets...gambar googled.

So last sekali gamble ke Arau sendiri kerana tidak berjumpa panduan waktu operasi kaunter tiket walau digoogle segala.
Nasib baik...waktu operasi rupanya jam 6 pagi ( kalau tak salah) hingga 8 malam ( pasti) utk beli tiket ETS ya. Tiket bas tak tau na.
Dan untuk komuter jam 10.00 depa berhenti.
Dan kalau tak salah juga depa rehat jam 1.00 hingga 2.00. Nanti cikson check kembali.

Syukur tiket ETS Platinum dapat diperolehi...
Tapi cikli kena tinggal kali ini...

Satu lagi ,kalau beli on line,dan tak ada printer...ok saja. Sebab boleh tunjuk e mail .So dont worry.

Itu saja cikson nak share kali ni. Loghat juga nak dapat tiket ets ni.. Bila google tak jumpa informasi.

8 comments:

  1. Makchaq pun pernah jugak cuba beli tiket ktm cara online... payah sungguh.. cuba jugak cara telefon.. macam pengalaman cikgu jugak la...tak berjaya... last2 pi beli di kaunter jugak la...

    Nampaknya ktm masih pesyen lama.. dia pengangkutan tertua.. tu agaknya x ikut cara moden lagi

    Ciklin sakit apa? Moga dia dah sihat sediakala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq,
      Talipon tak berangkat
      Google tak dapat
      Last resort, ke kaunter tiket juga walau tak tahu bila tutupnya.
      Ciklin dapat sakit mata..jenuh juga nak berubatnya. Alhamdulilah dah ada kemajuan.

      Delete
  2. teringin nak naik ets tapi selagi ibu_suri ada, mungkin tak merasalah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,kesian pula kat ibusuri. Mesti dia pun ada keinginan nak berjalan jalan.

      Delete
  3. Saya dok kata dari dulu "nak pi perelehh-nak pi perelehh" kawan kat Brasmana Hotel dok gamit mai....nanti check jadual sat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mailah Peghelih.Tentu tertawan tgk keindahan alam dia.Laid back cara hidup disini.Jam pun x dak nak mcm sana.

      Delete
  4. Dah rasa naik ETS, dan rasanya saya lebih suka berkereta sahaja... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala tukar angin seronok juga. Semenjak cikli tak sihat,itulah transprt utama nak ke KL.

      Delete