Tuesday, December 23, 2014

Cemas,sedih, takut,malu sehari itu....kau mampu.

Tiket dah dibeli.Jam 9.00 .
Hujan sejak semalam masih menderu...sekejap lebat sekejap ringan.
Sebelum subuh cikson dah bangun.mandi dan berpakaian.
Nak ke Lapangan terbang Kuantan.

Lin,kalau banjir dijalan,kita gostan
Air tinggi tak payah redah.
Mau kereta rosak lagi payah.
Ku berpesan.

Cemas sekali bila sekerat jalan air dah melimpah.Tengok ada kereta yang tersadai.Ikut cikson dah nak berpatah.Tapi ciklin cekalkan hati.
Mama jangan panik...Sekali terlanggar lubang,sekali mengharung air yang bertakung.Cikson dah puas baca doa berbakul bakul.
Sepanjang jalan air dah banyak.Jln ke airport pun begitu.

Akhirnya sampai ke airport dengan selamat.Sebelum masuk ke balai berlepas cikson tak dapat menahan cemas.Berita kawan kawan ciklin buat cikson bimbang.Anak akan melalui jalan jalan itu masa pulang.Macam mana tak tumpah airmata masa berpisah.Depan polis pula tu..Sedih bila fikir anak terpaksa hadapi keadaan itu bersendirian.

Hoih....sapa pun tak dak lagi dalam bilik menunggu.Seram pula dok sorang sorang kat situ.Mana tau kot ada antu...lebih lebih lagi tempat itu dalam renovation..

Jam 9.15 Malindo berlepas.Sejam lepas tu SBZ cikson jejaki.Ten dah siap tunggu .Bersarapan kami anak beranak disitu.Noodle Shop kalau tak silap.
Badan rasa tak sihat.Ke Pharmacay kami tuju.Ambik kau 68.00 utk panadol dan 2 jenis ubat.Price airport.
Masa masih banyak.Kemana diri nak dibawak.Berpindah kami pula ke Starbuck...melepak disitu sampai check-in.Makan sepotong kek sambil layan mata tengok paha....pramugari Malindo kalau yang dok berteka.Seksinya depa.
Lepas check in masih banyak masa.Kemana kita.Mula mula ciktenn ajak pi Jalan TAR.Tapi cikson tak mau ambil risiko.Mau jam berkilometriko..tidoq mama kat situ.
Masuk pula ke Kedai Kopi....pekena English tea dan roti...rasa macam mem pula kali ni.
Haaa... tulah cikson buat dgn anakanda bila kena tunggu di SBZ lama lama.
La....delay pula flight sejam.Tunggulah cikson sambil ulang masuk tandas.Dok tengok flight lain berlepas.
Akhirnya masa kami berlepas..Keluar pintu masa tu lah anak tudung pun nak tertanggal.Dengan selamba cikson kutip sebelum sempat orang pijak.Hei malu apa nak kata.Lain kali pinkan kalau pakai anak tudung begitu
Teringat kisah ada kawan bercerita,baju kebaya dia direntap anak masa naik bas.Juga kisah kain dalam yang melurut turun..Lagi naya.

Ingat nak surrrrrrprise Cikli.Sampai kerumah boleh buat gaya Eric Lee..tapi tak jadi.
Naik teksi dari airport kena 65.00...
Hitung hitung lebih 300...cikson belanja sbb tak mahu naik bas malam malam.Tapi kurang sikit penat badan.Balik negeri dari Kuantan....
Thanks anak anak atas layanan...

1 comment:

  1. Alhamdulillah...akhirnya tiba dengan selamat untuk meneruskan agenda kehidupan di rumah sendiri... :)

    ReplyDelete