Tuesday, December 24, 2013

Bila cikli cukup umur....

19 hb hari tu cikli dah cukup umur jadi warga emas.So anak anak berpakat buat bday kecil kecilan buat abah mereka.Cikson ok saja..
tak sempat bergambar dah kena ngap...


So semalam,lepas anak anak rehat dari pening naik bas,kami adakan sedikit majlis utk dia.Jemput adik beradik dekat dekat saja.Just a few heads in Kangar.
Makcik masak mee kuah yang jadi hidangan utama.Malam lagi dah mula merebus tulang kaki.Dan bangun pagi pagi cikson pun mula bersilat dengan kuah mee,kuah cili,kuah kacang dan segala maknenek berkaitan dan bersangkutan. 1/2 periuk besar juga kuahnya dan 4 kati mee to feed around 20 orang.

Selepas berhempas pulas around 11.00 semua dah ready and by 1.00 toksaadtokma and entourage pun sampai.
antara tetamunya
Sehingga jam 4 kami masih menyambut adik adik cikli yang berkunjung.Dan yang makcik gelihati,tengok anak anak berganti pinggan .Lepas sepinggan sepinggan .

Cikli terkejut bila anak anak membawa kek dan menyuruh dia meniup lilin.Oh ya sebelum tu ,ayah cikli membaca doa pembuka majlis.
koleksi pinggan mangkuk yang cacmerba
Gelihati pun ada bila cikli dipakaikan topi bday boy.


bagai panglima perang   
Malamnya anak beranak cikli bersama sama saudara mara bermain bowling pula...


Hari ini cilik tersenyum simpul terima hadiah dari anak anak....


tersenyum simpul terima sampul

Dan sekali lagi cikson jamu mereka makan petang dengan cucur kodok special.

Nak tahu caranya buatnya... inilah   resipi nya ya anak anak.

5,6 biji pisang diblended....malas nak lenyek punya fasal
1/2 kotak kecil santan kelapa M&S
garam
gula
tepung gandum
kalau ada kelapa parut pun boleh juga.

Gaulkan semua bahan >Jangan keras atau lembik.Yang baik sedang sedang saja.
Panaskan minyak dalam kuali....biar minyak banyak
Guna kuali besi yang semi circle tu....yang leper tak brapa menjadi.

Basahkan jari dengan air.Bulat bulatkan adunan kedalam minyak yang dah panas.Guna belakang sudip utk membulatkan cucuq kodok....itu saja. Kacau selalu.
Itulah rahsia cucur kodok tokton yang di updatekan oleh cikson...Oh yes dont forget to put a spoonful of coconut oil into the batter...utk cucur lembut sampai ke petang.

Waduh..dah jadi guru masakan la pula.

Back to the bday treat cikli.....
On the day itself cikten bawa abah dan mama makan ikan bakar kat mona dikoma.Lepas tu tiga beranak jalan jalan ambil angin dan cuci mata kat gerai gerai tepi pantai..
Jom kita naik kereta kuda...cikli buat suggestion.
Eh kesian lah kat kuda tu .Tentu mengah dia nak tarik kita yang kekenyangan ni..Mau 200 kilo ni.

Itulah saja kisah when cikli cukup umur....jadi warga emas....Welcome to the group.

peminat setia cikli





4 comments:

  1. hb cikli... kiutnye peminat cikli ngan party hat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. msred,
      cikli ucap TQ...tu cikninasandaq..

      Delete
  2. kak , often heard about yr special mee tu..nanti nak kena request boleh dak? and I bawa yr friends sekali..kwan2 lama you la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,
      Nanti bila buat qurban bolehlah save seblah kaki lembu buat stok...boleh jamu semua.

      Delete