Wednesday, April 11, 2012

Those darn kids

 

Jumlah mereka cuma 22.Dalam 22 itu,ada bermacam gaya dan bermacam ragam yang either make my day or break it.

Nun di kumpulan sana,aku lihat 2 susuk tubuh yang seakan serupa.Chubby with yet round cherubic faces.Seorang cukup outspoken.Mengarah itu ini pada kawan kawan.Mengalahkan guru.Aku pun kadang ternganga melihat arahan dia kepada kawan yang serupa pegawai waran dua.

Angkat buku tu.

Dok elok elok….dia bertempik kepada kawan.Selayaknya dia di asuh menjadi the class monitor.

Tapi nangis dia pun sama kuatnya dengan tempiknya.

Wraaaaaaaaaaaaaaagh…..bila kawan tersentuh barangnya.Siti tanjung Perak jadi mak tiri or siput serawak kah dia.

 

Seorang murid pula ….comel.Aku lihat ada keayuan dalam wajahnya.Suara tak pernah dengar.Kerja pun jenuh di pimpin.Teringat aku pada anak saudara ku.Hari tu aku lihat ada garis merah dipipinya yang mulus.

Kenapa ni? Tanya ku.

Adik dia cakar…..kawannya tolong jawabkan.Di hanya memandang aku dengan wajah yang kosong.Adakah dia cinderella yang tersiksa.

 

Sidia ini mengingatkan aku pada anakku yang seorang tu. Witty.Kadang kadang terhibur dengan lagaknya.Tapi bila dibiar makin menjadi aku memarahinya.

Hai …loyar buruk .Dia tersengih.

Ada saja cakap ku dipintas dengan buat soalan bodo.Wajah Ogy Ahmad Daud tiba tiba datang menjelma.

 

Dia tekun membuat kerja.Boleh diharap untuk menjadi mentor kelas pada kawannya.Satu hari dia bersuara:

Cikgu saya pandai sebab saya nak jadi orang pandai.

Ku cuit pipi dia dan kata: Bagus ….very good.Harapan ku mungkin ini bakal nuramalina in the future.

 

Si kim kardashian in the making kalau tak diawasi hmmm tak tahulah aku.Suka sunggoh dia dengan alam lebih dewasa.Cara dia berinteraksi ,membawa diri macam bukan anak umur 7 tahun.

 

Sebenarnya mereka adalah sebahagian murid tahun satu yang aku masih terkial kial mencari jalan nak kontrol.Lebar senyumku bila seorang kawan mahu berguru kepada ku bagaimana nak mendisplinkan mereka.

Bayangkan seorang murid dengan selamba mengangkat kaki dua belah keatas meja dan menyandar badan di kerusi.Seorang baling buku.Seorang dua terlompat lompat.Lima enam terjerit jerit.

Masa depan pemantau pula tuuuuuuuuuuuuu.Kesian diaaaaaa.

Huaaaaaaaaaaaaaargh.

Kita serupa kata aku pada dia.

Lain kali kita minta pemantau tu tunjuk pada kita macam mana nak ajar mereka…….aku utarakan cadangan.

No comments:

Post a Comment