Sudah tentu anda dah pernah jumpa lori tua sarat muatan nampak lelah .Lebih lebih lagi jalan itu mendaki bukit.Maka anda yang berkereta baru cc 2.5 < memecut laju memotong.Sesekali anda mengerling melihat siapa yang memandu.Anda ketawa kecil melihat si apek tua rupanya.
Dalam hati anda bersuara: patut pun lori tua drebar pun tua.Tak padan dengan muatan .
Itulah analogi apa yang terbuku dibenak fikiran ku seminggu dua ini.
Dan ia bertambah tambah bila selesai mesyuarat petang tadi.
Huh……tak terpikul rasanya .
Dan perasaan itu aku luahkan pada tokton :
Nun sayup sayup dihujung talian: Hmm eloklah tu.Cukupdah tu……
Tapi aku lagi kasihan pada pentadbiran yang kena buat checklist untuk kesan cikgu tak buat itu dan ini.
Tak hantar rengkasan ….check
Tak tulis impak ….check
Tak tulis alat bantu mengajar ….check
Dan entah apa lagi yang akan dicheck dan statistik serta nama guru dihantar ke bangunan dekat pekan.
Dan mengajar disekolah below average memang menyakitkan.
Sekejap sekejap ada saja orang datang memantau.Tapi belum ada yang datang membantu
Dan kenangan semasa aku masuk keluar sekolah mengheret alat bantu mengajar membantu guru KBSR menerjah difikiran.
Well…..why cant they do like what we did those days .I travelled all over Perlis ,entering Sk,SJKC and SJKT selling my ideas and sometimes team teaching .Helping teachers with whatever resources that I could .
And to this day,when I met the teachers many still recall those sweet days.
Tapi sekarang……..tulis haribulan silap pun boleh berkajang komen.
Mungkin KSSR is too big a challenge for me.
I quit.
I am that old lorry driver driving an old lorry laden with overflowing old junks along that old weather beaten uphill road.Phew.
Mamason
ReplyDeleteI tend to agree with TokTon ..
I pun agree dgn tokton.So no more next year.Entah entah next month.
DeleteLove teaching the children very much.Seeing them blossoming .Tapi yang kerja lain tu yang tak terpikul.