Sunday, August 14, 2011

Corat coret Ramadhan…..anak didik

 

The first day of puasa …..

Gooooooooooooooooood morrrrrrrrrning  ticer.Good morning.

Siapa puasa?

Semua tangan naik ke atas. Dan kerana kelas itu adalah di penghujung hari, muka muka nampak letih dan lesu.

Ticerrrrrrrrrr……kita letihlah.

Ok…..kita tidur.

Maka terlentuklah kepala anak anak 7 tahun itu diatas meja.

Tapi rehat tadi mereka cergas berkejar kejaran diluar kelas,

Dan seorang anak kecil bukan olok olok tidur.Ternganga dia .Ternampak gusinya.

 

The third day of puasa…..

Menuruni tangga pejabat diwaktu rehat.

Ehhhhhh siapa suruh baling batu ha

Jerkahku pada sekumpulan anak anak yang leka membaling sesuatu.Bertempiaran lari mereka mendengar suara guruh ku.

Dan dihari ke enam.seorang anak menahan sakit kerana kepala disengat sesuatu.

 

 

The eighth day of puasa …..

Terkejut guru mendengar tangisan/raungan seorang anak semasa kelas telah ditamatkan.

Bergegas keluar dari bilik guru,ternamp

ak sekumpulan murid sedang berkerumun sesuatu.

Ada watak KL gangster rupanya.

Adik bergaduh ,kakak pula datang menyerang.

 

 

Hari hari dibulan puasa

Ada macam macam cerita

Tentang anak anak itu yang comel dan ceria

Berkejar berlari tak penat pula

Kalau nak belajar …..hmmmm  macam macam alasannya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tapi si kecil ini ,tidak pula letih dan lesu.

Rajin belajar,tanpa jemu

Besar katanya nak jadi orang berilmu.

Begitulah baru anak murid sayang cikgu……. tak gitu?

3 comments:

  1. SALAM,
    LF PUASA, CIKGU. SELAMAT MELAKUKAN IBADAH BULAN RAMADHAN

    ReplyDelete
  2. cikgu...
    dapat anak murid yg rajin belajar... rasa sangat berbaloi kan?..
    cita2nya cita2 budak hebat....
    bukan main sebut nak jadi doktor atau lawyer..
    tapi nak jadi orang berilmu....

    ReplyDelete