Saturday, August 13, 2011

Corat coret Ramadhan…..2 minggu berlalu.

 

Hampir seminggu jari jemari dan sel sel medula oblongata(?) mogok dari berkarya,berposting.

Rasa macam malas semalas malasnya.Walhal banyak peristiwa dilalui.Banyak persoalan bergendang berdrama dan berteater dalam kepala.

Aduh…..bila rasa kekosongan menguasai fikiran….maka kosonglah jadinya blogspot ini.

Kalau masa sheikh rajin,kentut pun boleh mengilhamkan hasil nukilan…..

2 minggu lagi kita akan bertemu Syawal…..kita raya. Tapi hingga saat ini belum terbeli baju ,belum bertempah kuih ,belum berjahit langsir dan segalanya belum belum belum.

Aduh ….bila rasa rajin akan berkunjung.Entahlah.

Nampaknya semuanya recycle.

Hmmmm……..apa sebabnya ya?

Mungkin sebab banyak sangat baca tentang kemungkinan kemungkinan merudumnya ekonomi negara ekoran dari credit rating USA.

So ala kadar sajalah berbelanja.

Ala kadar? Tidak juga.Kerana sekali berkunjung ke pasaraya duit seguni hanya dapat beli seciput.

Dan hari tu bila belek belek harga sepasang kurung…..waduh RM 160 yang hasilnya seakan 4,5 keping not merah.

Dan se ekor ikan jenahak yang kurus sudah 12.00 ringgit… untuk gulai sebelanga sekali makan berempat anak beranak.

Dan bila lihat anak anak muda rancak berbicara tentang persiapan raya dan segala bling blingnya ,mamason hanya bersuara:

Enjoy life when you still can…..

Masa anak anak hanya minta belanja …..

Mak,nak seringgit!

No comments:

Post a Comment