Friday, July 1, 2022

JULY !

 July is here!

July yang dinanti nanti

Khabarnya banyak perubahan menanti kami.

Salah satunya penamatan subsidi !


So harga ayam dan telor pun dah diketahui

Harga siling, harga lantai,harga dinding,harga bumbung yang dinanti nanti

Dah diumum oleh Pemerintah terkini.

Buat semua rakyat jelata yang dikasihi.


Pagi pagi meriah melintas macam mcm isu terkini.

Buka saja fb, blog juga tiktok yg in sekali

Kisah Pak JIB dan Pak Zaid juga Pak YB dari sebuah negeri

Kerana sakit hati

Semua di gali , di serlah, di buka buat umum mengetahui.

Itulah wadah terkini 


Berbondong bondong PATI terlihat naik feri dan kapal balik negeri

Kerana amnesti dah diakhiri

Padan muka Melayu,buatlah kerja sendiri

Kata mereka memerli.

Geli hati.


Its the first day of JULY

Harini rasa nak masak gulai... hai hai.

Sambal tunggu dan lihat perkembangan terkini.

For the good ,the bad and the ugly

Hanya disini tempat aku menumpang sebelum dijemput Ilahi........



Thursday, June 30, 2022

Hujan


 Tadi hujan turun dengan lebatnya.

Kelmarin, panas lit lit.

Esok , ramalan cuaca bagaimana?
Hujan ke panas.

Jam 5...terpampang nombor 
599082
Jam berapa 600,000 ya.
Having my fingers crossed.



Wednesday, June 29, 2022

Sambal pedas di hari panas... haha bayangkan

 Hari panas. Panas lit lit kata saya. Pasaiapa disebut dan dikait panas yang membahang dgn lit lit ya?

Perut lapaq hap hap.... hehe . Lagi satu penggula bahasa cikson.

So what?

Notis tiada air utk 24 jam jatuh pada hari ni. 28hb Jun bersamaan hari Selasa.

Nak masak tak masak sama banyak bermain dikepala.

Last last berkelentung kelentang bunyi dapur. Yes... cikson masak utk tgh hari ni.

Menunya.... sambal udang pedaih berkurma yusuf taiyooooob pedaih berdehiang.

Maka tgh hri tu selepas cikli balik dari dailisis nya, terjamulah masakan ini....




Merecik air hidung. Pedaih hang hang.


Tuesday, June 28, 2022

The kid who won

Seronok benar dia mempamirkan medal yg dimenanginya.
Tersenyum simpul sokmo.
Tidur pun dgn medal


Gaya dia bagai johan.



Seminggu ni tentulah medal warna gold itu yg jadi topik bualannya.
Tidurnya pun sambil pakai medal. 

Terimbau cikson masa kecik dan masih dialam persekolahan.
Cikson is not into sports berbanding kakak sulung.
Come sports day banyaklah medal tersarung dilehernya atau piala yg dihadiahkan.
Namun ,mai akhir tahun, cikson selalu naik pentas terima hadiah.
Juga hasil tangan cikson terpilih utk exhibition sekolah.

Percayalah...hadiah2 dari sekolah yg buat cikson bertekad utk dpt keputusan cemerlang. So study hard I did. 

Begitu juga anak anak. We would do our best so our children could be at their very best.
Setiap kemenangan yg diraih di rai bersama.In our own small way.
Semoga kemenangan yg diraih adik fateh menjadi pembuka jln utk dia .
Seperti ibunya juga yg meraih 
'Tokoh murid utk sekolahnya.'
SKSI....thn dah lupa.

Satu pesanan cikson....
Andai anak bawa balik hadiah kemenangannya walau sekecik kecik benda,hargailah . 
Simpan komen negatif yg membunuh rasa gembira anak itu.
Saya tau sbb pernah lalui. Bagaimana kecewa bila sijil penghargaan tidak disambut dgn rasa gembira. Dipersenda lagi ada.

It stayed a long lonngggg time in my mind.And it nearly drove me to not excel anymore..
Bodosss sungguh.