Tuesday, March 9, 2021

Dingin pagi....

 Dingin rasanya pagi ini. Terkukur disebelah kejiranan berbunyi riang...

Kukuuuurrr  Kukukuuuuurrr...tekukukurrrr..diselang seli ciap ciap burung burung cak rumah dilaman kami.Tingkah bertingkah . Meriah.

Tengah hari nanti, panaslah hari. Hanya harap harap janganlah ada yg panas hati..

Its been a while since I last watched news on tv. CNN,CGTN,Aljazeera and the wha not had not been turned on. And I missed most news. 

The military coup in Myammar was a few weeks old. Soo Kee or whatever her full name is was ousted as the Prime minister. Now the junta are hard on the protesters. To the extent of firing live bullets on them. Killing them as if life is nothing...

The Covid 19 news are still hogging the mainstream news. This time around is about vaccinations. By the way,have you gotten one? Even registering for one? Saya ni dok tunggu dan lihat. Nak buat tapi tak buat buat lagi. To date 3 millions have registered. Bila lagi Kita?

Ntahlah sejak dua menjak ni, life is so mundane. Bangun pagi minum nescafe dengan roti patsagi. Haha...

Hisssh..Low disk space buat cikson tak dapat upload gambar gambar dari handphone masuk komputer laptop. So no latest picture from my camera.

A few events lately made me realised this.Tak semua isteri boleh dan sanggup pikul tgjawab sebagai seorang suri rumah. Memasak, membasuh,menjaga rumahtangga hingga umur tua. Suami balik ke rumah semua tersedia. Makanan, pakaian bersih, rumah bersih . ... nope.Alhamdulillah, cikson masih terdaya walau kurang upaya. Sakit sini sana mmg tersedia.

Penyakit depression menyekang keupayaan seorang isteri utk berbuat apa yg cikson buat . Gambarkan seorang suami yg sudah seharian bertugas diluar balik ke rumah yg tidak terurus. Tiada tempat utk merehatkan badan. Tiada pinggan bersih buat meletak makanan yg ditapau buat mereka suami isteri. Tiada baju utk dipakai...

Isteri hanya duduk termenung.....

Terbaca lagi... ttg isteri yang hilang dijumpai tergantung dengan leher terjerut. Allahu. 



hasil gubahan tangan sendiri
walau plastik... bagi ku ini dah cantik sekali.

Sejambak bunga buat suami suami yg sanggup menjaga isteri2 yg disapa depressi... 
Dan bagi suami yg isteri isteri masih gigih dan kuat mendamba diri... hargai mereka ini. Jangan di beban mereka dengan kerenah yg tak bertepi.
Juga buat mertua mertua yg ada menantu yg sanggup menjaga anak kita, santuni mereka. Tak semua mampu buatt begini. 
Dan dalam dingin pagi ini ,nama dua suami hinggap dingatan... kagum aku atas pengorbanan mereka terhadap isteri2 mereka.
Tak ada pun mereka cabut lari...atau hantar isteri balik kampung balik negeri.

Thats all folks. Bye.

Monday, March 8, 2021

Moga dijauhi....

 Hullo. Assalamualaikum.

Well, its been 6 days I have been away. Away from writing in this blog of mine.Anyway, am still here.

Still behind this sewing machine cabinet cum my writing desk. Still overlooking the same scenery ... the sawah field across the road fronting my room.

Been a bit under the weather. 

Cikli been to Butterworth the other day. Punyalah susah nak dapat permission pak polisi utk rentas negeri. 2 jam setengah berurusan baru boleh . Cikson tak dapat pergi sbb katanya permissio hanya utk 2 orang saja. Pesakit dan driver. Huaaah.

So ambik ni sebagai panduan. Get all papers ready and have a photostat copy of them all. Kad pengenalan, surat sokongan, dokumen hospital juga surat dari hospital/klinik yg nak di kunjungi utk rawatan. Tunjuk surat dari doktor sini tak jadi. Ingat tu.

Tapi kan... pelik tengok orang lain boleh saja rentas negeri sebulan dua tiga kali. Atas nama /urusan keluarga. Dari kawasan merah menyala lagi....

Oklah kalau itu kehendak peraturan. Kita patuhi saja. Mungkin kita tiada hubungan atau adik beradik orang kayangan.. gitu.

So now cikli on treatment from a doctor for his ailment. Tengok macam mana perkembangan. Semoga cikli sesuai dengan itu. All the best for him.

The other day cikson keluar kerana nak withdraw duit. Adoiii.. Kita ni berjaga jaga lah siap dengan face mask semua. Melihat akan ada pelanggan lain masih berurusan didalam ruang mesin ATM,cikson tunggu diluar saja. Seorang anak muda memberi isyarat boleh masuk ke dalam ruang itu kerana dah ada mesin yg kosong. 

Sekian lama tak berurusan secara fizikal di ATM mesin, cikson berhati hati key in butir yg dipinta.

Tiba tiba.... Ayyyyyiiiiiim!

Bersembur nak isi hidung pelanggan disebelah cikson. Tak pakai face mask dgn sempurna pulak tu..

Adoooiii... awat bersin tak pakai face mask cikkkkk... right there and then cikson sound dia. Sambil mengerut dahi dan geleng kepala.

Dik, bersin pakai lah mask.Pi buka mask buat apa?

Semalam cikson rasa nak demam. Cepat2 telan ubat.

Dan semalam juga kes kovid Perlis mencanak. 24 orang kes positif. Angka yang tak pernah dilihat sebelum ini. Khabarnya dari pusat tahanan imegrisen di Seriab..

Ehhh... mau budak yg bersin tempoh hari kerja kat situ... jenuh! 

Moga dijauhi segala angkara. 

Moga anak2 menantu cucu2 cikson juga dalam peliharaan Allah. Juga semua kita. 



Tuesday, March 2, 2021

Sandarkan harapan pada suratan?

 Semalam, hari mulanya persekolahan 2021 secara bersemuka. Untuk sekolah rendah, hanya murid2 tadika ,tahun satu dan dua yg mula bersekolah. Pemakaian pakaian seragam pun dilonggarkan . Dan terselit satu cerita,murid ke sekolah berkurung merah. Tentu anak itu serba salah.

Hah... kalaulah cikson masih berada dalam jawatan.... tentu tak menang tangan dengan karenah birokrasi sekolah utk mendepani covid ini. SOP, lapuran, arahan dan ntah apa apa lagi perubahan. Sangat mencabarkan!

Ehhh... lajunya si tupai meniti wayar letrik . Dari mana nak kemana dia.

Bumi yakni sawah sejemput di depan ku nampak kering kontang. Perlis masih belum menerima hujan sejak sebulan dua ini. 

Terbantut kerja kerja penanaman padi musim ini. Dah tersuratkan begini. Apa nak katakan .

Begitu juga buat ciksoncikli suami isteri. Masih bersandar pada harapan. Masih tak ketentuan mana jalan yg hendak diambil

Aduh... sekejap ini, sekejap itu. Cikli masih berbelah bagi utk menentukan yg mana satu yg hendak dipilih. Sedang dia dah bertekad utk option 1, option 2 pula datang mencelah.

Cikson tak berani nak menetukan. Biarlah dia buat pilihan. Tak sanggup tanggung cemuhan andai pilihan cikson nanti tak memuaskan hati. Tak menepati harapan yang dijanji.

Dan cikli masih was was hendak memilih yang mana. Harapan atau suratan.

After all these years ... inilah satu pilihan yg cikson tak berani nak tentukan. Biar tuan badan buat keputusan...... 

Thats all folks. Bye. Have a nice day.

*Hampir 7 tahun melalui semua ini....selagi masih berbaki kudrat, insha allah .


Saturday, February 27, 2021

When the space disk is low......

  Laptop tempat cikson berkarya dah menunjukkan notis ni sejak dua menjak ni. Pemberian anak selepas dia upgrade . Haha ..nak tau cikson tak pernah rasanya beli laptop sendiri. Semua hand me down. Masih cantik dan baru.

Baru2 ni dapat lagi laptop. Kali ni pemberian anak yang lain pula. Tapi sekarang tak berada dalam simpanan cikson. 

Oh ya... the only laptop yg dibeli adalah set komputer meja dulu. Wearne brandnya. Itulah satu satu gadget yg cikson beli utk rumah. 

Bila keluar notis berkali kali dilaptop ni ,cikson google macamana nak settle problem. Serabut tgk. Tak berani nak buat sendiri.

Maka ciskon clearkan sedikit sebanyak yg boleh.

Jadinya nak transfer gambar dari handphone tak boleh lagi. Nak import tak boleh. Nak download pun sama.

Sabar sajalah cikson oooii... 

When it comes to gadget madget ni, cikson macam malas nak bertindak. Tunggu sajalah sapa yg balik nanti minta tolong uruskan.

Buat masa sekarang ni banyak sangat urusan nak kena tengok.....

Bila gadget low disk space , kita formatkan dia

Bila semangat pun berjangkit low juga, apa daya yg ada. Selain move on juga. 

Harap harap urusan perubatan cikli berjalan dengan lancar.