Tuesday, March 2, 2021

Sandarkan harapan pada suratan?

 Semalam, hari mulanya persekolahan 2021 secara bersemuka. Untuk sekolah rendah, hanya murid2 tadika ,tahun satu dan dua yg mula bersekolah. Pemakaian pakaian seragam pun dilonggarkan . Dan terselit satu cerita,murid ke sekolah berkurung merah. Tentu anak itu serba salah.

Hah... kalaulah cikson masih berada dalam jawatan.... tentu tak menang tangan dengan karenah birokrasi sekolah utk mendepani covid ini. SOP, lapuran, arahan dan ntah apa apa lagi perubahan. Sangat mencabarkan!

Ehhh... lajunya si tupai meniti wayar letrik . Dari mana nak kemana dia.

Bumi yakni sawah sejemput di depan ku nampak kering kontang. Perlis masih belum menerima hujan sejak sebulan dua ini. 

Terbantut kerja kerja penanaman padi musim ini. Dah tersuratkan begini. Apa nak katakan .

Begitu juga buat ciksoncikli suami isteri. Masih bersandar pada harapan. Masih tak ketentuan mana jalan yg hendak diambil

Aduh... sekejap ini, sekejap itu. Cikli masih berbelah bagi utk menentukan yg mana satu yg hendak dipilih. Sedang dia dah bertekad utk option 1, option 2 pula datang mencelah.

Cikson tak berani nak menetukan. Biarlah dia buat pilihan. Tak sanggup tanggung cemuhan andai pilihan cikson nanti tak memuaskan hati. Tak menepati harapan yang dijanji.

Dan cikli masih was was hendak memilih yang mana. Harapan atau suratan.

After all these years ... inilah satu pilihan yg cikson tak berani nak tentukan. Biar tuan badan buat keputusan...... 

Thats all folks. Bye. Have a nice day.

*Hampir 7 tahun melalui semua ini....selagi masih berbaki kudrat, insha allah .


Saturday, February 27, 2021

When the space disk is low......

  Laptop tempat cikson berkarya dah menunjukkan notis ni sejak dua menjak ni. Pemberian anak selepas dia upgrade . Haha ..nak tau cikson tak pernah rasanya beli laptop sendiri. Semua hand me down. Masih cantik dan baru.

Baru2 ni dapat lagi laptop. Kali ni pemberian anak yang lain pula. Tapi sekarang tak berada dalam simpanan cikson. 

Oh ya... the only laptop yg dibeli adalah set komputer meja dulu. Wearne brandnya. Itulah satu satu gadget yg cikson beli utk rumah. 

Bila keluar notis berkali kali dilaptop ni ,cikson google macamana nak settle problem. Serabut tgk. Tak berani nak buat sendiri.

Maka ciskon clearkan sedikit sebanyak yg boleh.

Jadinya nak transfer gambar dari handphone tak boleh lagi. Nak import tak boleh. Nak download pun sama.

Sabar sajalah cikson oooii... 

When it comes to gadget madget ni, cikson macam malas nak bertindak. Tunggu sajalah sapa yg balik nanti minta tolong uruskan.

Buat masa sekarang ni banyak sangat urusan nak kena tengok.....

Bila gadget low disk space , kita formatkan dia

Bila semangat pun berjangkit low juga, apa daya yg ada. Selain move on juga. 

Harap harap urusan perubatan cikli berjalan dengan lancar. 

Friday, February 26, 2021

Hari semalam, megah dia berdiri......

 Sedar sedar dia sudah tiada

Batang pohon kelapa nan satu dilaman sebelah, sudah tiada rupanya. Ntah sudah berapa lama, aku tak tahu.Sedar sedar dia sudah tiada di situ....

Dulu dia megah menggalah walau tanpa pelepah. Jadi tempat burung melepaskan lelah. 

Tentunya.... tiada yang kekal, sampai masa mesti mengalah, akur kepada kehendak alam. Yang tua, yang sakit pasti akan berakhir sudahnya. Macam batang nyior nan sebatang disebrang laman sebelah dia berjuang. Menegak tinggi menongkat awan.

Entah bila dia tiada, benar benar aku tak mengetahuinya.

Tiba masanya aku pun begitu. Lelah dan payah akan sampai ke penyudah. Pergiku pun mungkin tiada yg endah. Macam pokok nyior tanpa pelepah..

Kebelakangan ini kami dalam delima. Sebenarnya cikli sudah menetapkan fikirannya utk ikut nasihat pakar di MOPD. Namun kunjungannya ke bhg lain hospital, buat dia teragak agak. Jaminan doktor disitu,buat dia buntu. Yang mana satu nak pilih.... haru

Namun dua tiga hari ini, kami tidak dapat kata putus. Tiada perkembangan dari sebuah harapan. Dan oleh itu, kata putus dibuat... ikut kata pakar yg di temui semalam.

Maka dialisis jadi pilihan...

Petang itu, sambil berjalan dilaman, kami berbual.

Cikli, bila pokok kelapa laman sebelah kena tebang?. Tengok tengok dah tak ada.

Ntahlah, tak perasan pula. Hmmm kita pun nanti macam dialah... Mula mula gagah, lepas itu sakit. Last last tak ada ....

Ntah ntah bila tak ada , org pun tak perasan tak? Macam pokok kelapa tu?

Thats all folks.

Here is the pokok kelapak yg jadi bahan bualan cikson suami isteri satu petang di RBL....




Wednesday, February 24, 2021

The much needed ....

 

Kadang kadang kita harus melupakan/meninggalkan seseorang/sesuatu
Sebabnya senang
Mereka tidak perlu kita bawa ke masa depan kita...walaupun hanya kenangan semata.


Masa yang di lalui dengan baik 
Akan menjadi kenangan yang baik.
Maka berilah kenangan yang baik kepada orang lain
Semoga dalam mati mu, kau dikenang dengan kebaikan mu.Bukan dengan kejelikan mu.

dan masa yang dilalui dengan buruk, akan menjadi pengajaran yang baik. Jangan pula mewarisi dan mewariskan.

If I were given a chance.... a drive along a peaceful country side ,where there's no hurry and no worry. 
Tranquil is much needed. 

These few days, so much happenings spinning out of orbit.....

Bila keputusan telah dibuat, keputusan pula digugat. ...... menunggu kepastian satu penyiksaan. This afternoon, nak ajak cikli pi round round tengok jalan. Boleh dah kan ....

Thats all folks. Bye. Stay safe always.