Monday, August 29, 2016

Kadang2 rasa buntu ....

28/8
Dua puloh lapan haribulan lapan
Itu tarikh yang ku dengar...

Aku dan cikli rasa pasti.
Maka pagi 28/8 ku pandu dusty brown iriz ku membawa cikli sejurus jam 7.00 pagi.
Berhenti sebentar di stesen minyak utk mengisi minyak dan membeli minuman.

Hampir sejam perjalanan dan kereta telah sampai didepan hospital,cikli menarik keluar kad oren dia.
Eh..mana u kata 28 haribulan ada appointment...dia bersuara.
Ni...kat sini hanya ada 24 haribulan.
Sudah....aku berhentikan kereta diparking lot hosp. Belek kat dan ....alamak..ialah 24 haribulan dulu.

Nak balik? Kita dah sampai dalam kawasan hospital. Sia sia masa dan tenaga.
Cubalah u call depa. Explain elok elok. Tengok apa depa kata.Cikson syorkan pada cikli yang dah mula nak ajak balik.
Mujur nombor bahagian itu ada cikson save .

Encik naik tingkat 2 jumpa depan...kata suara menjawab panggilan.

Ok..dont give up. Try our luck for today.
So misi mencari parking spot pun bermula dan membawa kami ke bahagian paling belakang hospital itu. Terkial kial cikson memandu mengelak lopak air yang bertakung. Takut terkandas dalam lumpur . Naya dan haru kalau terjadi begitu.

Menapak mencari hala membawa kami ke bahagian yang diarahkan. Nasib baik bahagian depan ,seorang petugas baik sekali menyarankan kami masuk jumpa doktor sendiri diklinik 73. Dan selepas itu semua berjalan seperti hari hari lain.
Menunggu giliran satu penyiksaan kalau hanya membatu melayan perasaan. Mujur dapat teman bersembang yang berasal dari Langkawi. Macam2 cerita antara kami suami isteri. Dari tak kenal jadi macam duduk setaman.

Jam 12 baru cikli dipanggil utk sesi preliminary. Jam 2.00 lebih baru sessi berjumpa doktor. Dan hampir jam 3 baru kami boleh meninggalkan bangunan hospital.

Memandu pulang bersama penumpang yang lena keletihan.
Aku bertekad,tidak boleh lagi hanya berharap pada cikli. Kena check appointment dia dan rekod seperti biasa dalam buku. Mungkin hari keluar dari hospital aku sangat keletihan selepas 2 malam tidur di atas simen yang sejuk menemani cikli di wad 6c buat aku alpa akan rutin itu. Awat tak jadi kelabu.... kalaulah appointment hari ini gagal,mau jenuh menunggu tarikh baru.

Itulah you... banyak benda kita kena peka.
Tarikh appointment jangan haru biru
1/9 ini sekali lagi aku kena bawa cikli ke sana lagi.Kali ini dihospital lama.
Ini pun lucu.

Sampai saja di rumah cikli tepuk dahi..
Eh.. awat depa tak bagi surat utk pi sana macam selalu?
Cikli cikli....kadang2 aku pun rasa buntu...

Sekali lagi talipon jadi penyelamat....bilik 73 dihubungi. Explanation dari sana buat tenang hati..





Saturday, August 27, 2016

Lepaih tu...lepaih tu...lepaih tu kan..

Tersenyum simpul aku dan cikli pagi tadi . Awal awal pagi, tv dibuka ke saluran berita. Astro Awani kalau tak salah makcik ni.
Maka terdengarlah temu ramah pemberita dengan seseorang. Dan dalam kiraan kami adalah sebanyak 13 kali lepaih tu yang disebut dalam beberapa saat.
Lepaih tu kalau anda tak tahu adalah lepas tu dalam bahasa baku.
Teringat masa anak anak masih kecil. Jadi kebiasaan buat mereka bila bercerita mesti ada lepas tu.....

Itu tak apa lagi...mungkin tabiat dia.
Pensyarah cikson dulu pun asyik sebut a,a,aaaa,aa berulang kali.
Ada satu masa cikson catat berapa banyak kali aaaaaaa yang keluar masa dia sampaikan syarahannya. Kesian dia.

Tapi... tapi yang buat cikson tersentak adalah kegunaan bangsa oleh seorang kakitangan awam semasa di temu ramah.
Bangsa Malaysia
Bangsa Indonesia
Bangsa Melayu

Bangsa ke rakyat utk diguna utk Malaysia
Dan satu polimik adalah bila negeri negeri pun nak berbangsa bagai.
Esok nanti adalah bangsa Kedah,bangsa Penang,bangsa Kelantan.

Jadi akan adalah 14 bangsa tambahan bagi rakyat Malaysia.
Bangsa Perlis macamana rupanya ya....
Bangsa Melayu bolehlah ditakrifkan secara fizikalnya,agamanya
Bangsa Perlis... tolong sat..

Salam Sabtu .. be your own shadow


Add caption

Add caption

Add caption

Friday, August 26, 2016

Salam Jumaat...pesan pada diri.

Terkesan aku dengan satu rancangan tv yang aku tontoni baru2 ini.
Penyampainya Dr Muhaya yang memang sangat dikenali.
Penceramah yang banyak memberi ceramah ceramah motivasi
Dicorong corong radio,fb dan juga tv.

Kita selalu bertanya dan mempersoalkan :

Kenapa aku tidak di fahami
Kenapa aku tidak disanjungi
Kenapa aku tidak diingati
Kenapa aku tak lagi dipeduli
Kenapa aku tak lagi didampingi
Dan seribu satu kenapa aku tak lagi

Dan itu akan membuat kita kecewa,sakit hati,rasa dijauhi
Dan effectnya buakn pada orang lain tapi kita sendiri.
Kita rasa sakit hati
Kita rasa tak dipeduli
Dan seribu satu rasa yang negatif

Maka mulalah kita menyendiri
Tak peduli
Menyakiti

Tentu tak seronok kan?
Lihat orang berbondong bondong kita sembunyi
Lihat orang ketawa,kita ingat mereka perli.

Sekarang cuba reverse dari 'di' ....ke 'me'
Cuba kita dulu memberi...Pahala pun ada.
Kita cuba dulu memahami....
Kita cuba dulu mengingati....
Kita cuba dulu menyayangi...

Lihat pula macamana rasanya...
Teringat syor bekas MB...hemoi itu baik pada diri.