Friday, June 17, 2016

Nak mati pun susah....sehari di HSB

Semalam,berjam cikson berada di Hosp. Sultanah Bahiyah. Untuk entah ke berapa kali, kali ini cikson dah hilang dalam menghitung. Kali ini cikli kena berurusan dibilik 75,66 dan 64.

Kesian lihat mereka yang rata rata pengidap diabetes yang memenuhi ruang menunggu di situ. Tapi bila berkumpul dan ada yang berjiwa happy go lucky,suasana jadi meriah dengan cerita mereka.

Menunggu giliran hadapan bilik 75 adalah warga2 emas dan perak berbagi bangsa. Satu Malaysia gitu. Aku yang jadi pemerhati hanya sekali sekala tersenyum simpul mendengar lawak mereka.

Mau mati pun susah....keluar kata2 keramat P Ramli.
Nyonya dari Jeniang dan aci2 dari mana entah ketawa dengar salah seorang dari pesakit itu berbicara. Pesara tentera yang ramah berbual seakan pengerusi majlis.

Sudah mati apa pun tak rasa dah...kata nyonya Jeniang. Tapi sini tak boleh minta ubat doktor kasi mati. Amerika boleh..dia berhujah. Itu fahaman dia. Tapi bagi kita...lain pula.

Selepas di review doktor dibilik 75, ke bilik 66 pula untuk di beri tapak utk masuk ubat..
Dan dibilik 64,cikli terpaksa berhadapan dengan prosedur yang katakan sakit juga...ia itu laser baring.
Dan bila cikli keluar ,mata dia dipakaikan pentup mata ala ala monshe dayan atau captain hook.

Dan 10 Julai nanti kami akan kesini lagi.

Sebelum itu,dihadapan bilik 64 rancak cikli bertukar cerita dengan anak muda yang juga pesakit diabetes.Macam2 cerita lawak yang keluar. Rupa rupanya jangan ingat orang tua saja yang kronik .....

Kita jumpa lagi 23 haribulan di hospital lama ya....nyonya jeniang macam riang saja melambai tangan meninggalkan ruang selepas selesai rawatannya....

Mereka begitu ramah berbicara walau hati siapa yang tahu....
Aku yang tidak nyenyak tidur semalamnya hanya senyum simpul.

Bye nya....have a safe journey home. Jumpa lagi.

Oh ya...adik ramah minggu lepas dari Baling tak kelihatan hari ini...

Thursday, June 16, 2016

Penangan secangkir cuppicino

Semalam waktu berbuka,cikli cikson ke secret recipe. Tukar selerea. Lagipun lepas berbuka boleh saja terus ke remedic di sebelahnya.

Membelek menu mereka,akhirnya cikson pilih mee kari. Dan minuman pula selepas membelek menu cuppocino...eh betul ke ejaannya.

Ambik kau....semalam jenuh bilang biri2 . Mata terkebil2 walau puas cuba dipejam. Macam ada jack dalam mata.
Maka berkatalah hati....adoi besok is a long day. Kena teman cikli ke Hosp Tuanku Bahiyah untuk rawatan matanya. Tolonglah jangan berjaga hingga esok pagi....

Well...sayup2 cikson dengar cikli menggerak cikson . Dah 4.40. Bangun!

Bergegas ke bilik air dan lepas itu masak sambal sardin.
Dan untuk sahur tadi,dua keping roti ,sekeping cheese,timun,tomato dan sardin jadi habuan.

Pengajaran buat diri...no coffee for berbuka.
Kalau tidak,jenuh berjege biji mata...

Masa check bp.....dah melangit dia kembali.Adoi.
Ada masa 1 jam setengah lagi sebelum teksi datang untuk ke AS....Kena laju laju kemas rumah dan bersiap.Tapi kaki rasa longlai. Itu la siapa suruh minum kopi kaw kaw malam2.Tidur tak cukup.

Got to stop now.....bye.

Wednesday, June 15, 2016

Bila selera makan ke laut....

Dah hari ke lapan ya kita berpuasa. How time flies.
Dan sudah pasti ibu ibu semestinya bertungkus lumus memerah idea dan keringat didapur. Dan....eh apa nak masak hari ni tentu jadi persoalan.

Hari pertama hingga ke lima cikson berselera makan....namun masuk hari2 seterusnya entah kenapa semua rasa tawar.
Demam ke aku?
Ok saja rasanya.
Mungkin sebab ubat2 yang ditelan setiap hari....mungkin juga fikirku.

Nasi yang ditelan rasa tawaq hebiaq.
Gulai yang dimasak ikut rasa pun tak terasa apa apa.

Mungkin juga tersalah beli jenama beras atau ramuan kari yang tak bertepatan.
Bila mengadap meja makan,cikli nampak berselera. Adakala memuji muji masakan si isteri.

Semalam cikson dah tak tau nak makan apa. So in the end she ended with nasi lemak cikson style. Sambal bujang dan lain lain lauk sampingan.Yakni telor rebus,ikan goreng,bilis goreng....
She tapaued a set for her PIL and SIL...with pesanan penajanya. Makanlah ya...rasa tak tau.Sedap beritau saya,tak sedap maaf dipinta...

Tadi cikson buka blog teman teman dan terbaca blog uncle menceritakan tentang sardin. Hmmm ...rasanya nak cari sardin cap ayam dan roti arablah petang ni...
agak agak kalau dibawa ke tempat begini , tentu berselera kan...

grilled chicken cik nuhi ...tiba2 datang ke muka pintu
ehsan on line delivery cikina yg pemurah itu

semut free ....dlmnya mee kuah cikson. Tapi rasa ke tepi.

rindu depa depa ni kut...sbb tu selera tersangkut sangkut.

Tuesday, June 14, 2016

Alahai mr albab 2.


Setelah berkali kali ditanya,akhirnya tauke kedai pintu memberi respons positif.

Tapi cikson masih tidak yakin. Dua kali penolong dia sakit. Sakit mata dan demam. Kesian...

Dan jam 1 lebih hari ni, sebuah lori memasuki laman RBL.
Tauke dan 2 penolong mengusung pintu baru ke dalam rumah.
Maka bermulalah episod menanggal dan memasang pintu yang bertampal koyok itu.

Dan tidak sampai setengah jam,kerja mereka pun langsai.
Duit 460 bertukar tangan. Hanya untuk sebuah pintu. Pintu kayu perlu dicat dan cikson disarankan membuat awning untuk nya...hadoi. Perlu tudung pula dia. Ya la...nanti kita usahakan.

Masa mencari tempat menempah pintu,baru cikson tahu yang bengkel membuat pintu dekat sangat dengan rumah. Dan berpuluh2 pintu tersusun dalam kedainya.Mungkon ditempah oleh developer perumahan.

Mewarna pintu cikson usulkan pertanyaan kepada anak anak dan tuan rumah RBL. Dan nampaknya cadangan awal nak memberi warna turquoise terpaksa digugurkan....

Lepas asar baru nak masuk dapur berpintu baru...Nak masak apa hari ni ya.Tekak macam tak ada selera .
Gulai?
Rendang?

Hmmm...semua rasa kurang menyengat.