Tuesday, February 2, 2016

Masa senang beringatlah,masa susah bertabahlah......

Dah 5 hari ckli di discharge dari ward selepas 18 hari disana.Macam macam dilalui.Tidor dalam wad yang suhunya mencecah tahap beku bukanlah sesuatu yang nyaman.Ya wad kelas satu bilik seorang memang sejuk gila.Sekarang cikli dah boleh tidor atas katilnya sendiri....tapi masih tak nyenyak.Semalaman tak boleh tidor...rungutnya.

Hmm..itulah fasa post discharge. Kalau dihospital cikli dilayan misi misi yang baik,dirumah hanya cikson seorang.
You ni....itulah katanya bila cikson bertegas tak bagi apa yang dia minta.Nak makan benda2 yang mungkin mudarat utk dirinya tentulah cikson tegah.
Cenge la...bila dia tak dengar apa yang cikson kata dan dia ingat cikson tempik padanya.

Semalam bila trafik reda sedikit,cikson ke tingkat enam HTF lagi.I tell u parking is one heck of a fuss HTF ni.Kalau memandu tak berapa nak cekap biarlah menapak jauh sikit.So parking my car outside the hospital,I walked briskly to the said building.Mencari jalan yang singkat buat hati sedikit cuak.Lengangnya tempat ini selepas waktu bekerja.Jalan dicepatkan bila hati terasa cuak .Dan bila sampai ke atas bangunan tercungap2 makcik.

Selepas exchanging a few pleasanteries ,cikson beredar selepas mendapat apa yang dihajati.Temujanji cikli dgn doktor pakar,bergegas pula ke kedai runcit.Barang2 runcit aka groceries dah habis boliau di pantry. Nak masak APTB.Leka memilih barang tak sedar hari dah gelam dan cikson terpaksa bergegas pulang.

Eh ...malam ni nak makan apa ya.
So ,detour ke restaurant kegemaran.Nasi,tomyam,kerabu dan puyuh goreng jadi pilihan.Jadi habuan makan malam maam dan tuan.

Actually,truth be told.Cikson amat tidak suka bershopping atau driving by myself.Semua kerja2 ni ditanggung beres cikli. Dan nampak gayanya terpaksa cikson galas sendiri...

So...masa senang beringatlah anak2....jaga kesihatan,kebersihan,kewangan..kerana bila kita abaikan sakit demam senang menyerang.
Dan bila sakit atau ahli keluarga sakit bertabahlah...
Apa apa pun cikson amat bersyukur kerana anak anak yang mengambil berat dan ahli keluarga yang membantu.Kalau tidak cikson pun buntu.....
Dan berserah kepada Allah agar semua dipermudah...



Sunday, January 24, 2016

Sakit itu ujian.

Bila jatuh sakit,itu ujian buat pesakit.
Malah keluarga terdekat,sanak saudara juga .
Yang sakit tu mmglah sakit
Perlu menabahi rasa rasa yang tidak terduga.
Pedih,ngilu,duka,sunyi ,takut....seribu satu rasa yang tak mau kita tempuhi.
Keluarga terdekat juga diuji.
Diuji tahap kesabaran,pengorbanan,keikhlasan,keprihatinan ....
dari tingkat 6 bilik mutakhir
Dah hari ketiga belas,cikli didalam wad.
4 kali pindah wad ....
Dari bilik ramai ramai dengan suara suara batuk,kahak berselang seli.
Dari bilik rawatan round the clock hingga bilik seorang yang sejuk umpama khutub utara.
Itu antara rasa yang terpaksa dia lalui.
disini juga pernah bertapa
Cikson juga perlu mengharungi ujian.
Tangan yang dah lama tak pegang stering kereta terpaksa memandu juga.
Mungkin lawak buat orang,tapi itulah yang paling tidak disukai .
Lebih rela jadi penumpang walau ada lesen memandu dan pernah memandu di jalan yang mencabar sebelum ini.
Dan semalam terbarai bumper kereta .Bukan dimana2 tapi dihalaman rumah.Mau terbang ratusan ringit...alahai.
pemandu yg haru,namun gagah.

Sakit itu ujian.
Buat saudara mara.
Disaat ini terserlah keprihatinan.




,
Setelah berhari hari makan nasi ospital,cikli hari ini dihantar makanan masakan isteri...



Monday, January 18, 2016

Its been a while ....

Its been a while for being able to dig up a post for this blog of mine.Been busy like  a bee. Life is between home and the hospital.Learning new things and relearning old things that had been abreeze but now a gale.
Cikli has been warded,operated for the complications on his feet.
Hope for the best.
Thanks children for rushing home to take care for dear pa.
The well wishers too who streamed the ward to visit cikli.

As for me...got to be strong.May Allah ease the way for me,cikli and the family.

Bye. See you soon.

Tuesday, January 12, 2016

penatlah duduk rumah...jom jalan

Lihat aksi mereka,terhibur sedikit hati situa ini.

Ada saja kesempatan,sibulus membolos diri,
Panaslah diluar, makcik yang mengasihi
Mungkin itu kata2 mereka minta permisi
Untuk masuk kedalam rumah ini.

Dah masuk,duduk diam diam
Tak mau cakar sini,cakar sana
Nak cakar,pi cakar Donald Duck tu...kata cikson memberi arahan
Jangan kacau mama punya hiasan
Atau lapik kerusi yang cikson buatkan..

masuk rumah jangan nakal nakal.Kata pong memberi amaran
Oklah mama ,kami janji
Kami akan patuh segala peraturan
Asalkan kami  dapat tidur bawah aircon yang nyaman.
Ok..kata Tam.No hard deal.

Hmmm,tak sampai sepuloh minit,anak anak bulus buat hal.
Kain pengikat kerusi habis dilerai
Konon tak cantik dibuat riben begitu
Riben riben dah old fashionlah.Kata si Hitam yang ayu.

Mamason ,cuba jgn buat riben tali pengikat ini
Biarkan dia berjurai begini kan seksi.
Puas berkejar ,bermain mereka tidak lagi kelihatan
Eh mana mereka ? Tanya cikson kehairan
Poooooong,where are uuuu?
Oooo dok dalam tu

Eh apa ada dalam beg kertas ni?


Mamason,penatlah dok dalam rumah
Jom kita pi jalan jalan.

Keletah anak2 bulus penyejuk hati.
Dah penat melayan kerenah manusia yang ego selama ini.....
Buat apa2 ikut kata hati
Nasihat orang letak ketepi.
Isssh..apa nak jadi?