Wednesday, December 2, 2015

WW....Sekali sekala

Sekali sekala...home delivery...RM 5.00 .puas hati.
Nombor talipon kena cari kat ROAPERS.

sekali sekala ....bila ada orang belanja
Kalau selalu,rebehlah belanja

sekali sekala....bila nasi dah jemu dimakannya.Rasanya tak dapat dimana2.

apa saja yang ada dalam peti sejuk....dimasaknya.Jadilah lepas dendam nak
makan mee kuah adanya.

Apa apa saja

bila duit tinggal syiling 

Makan begini pun dah besar rezeki


Tuesday, December 1, 2015

Anugerah terindah...kesian dia

Semasa Maktokson sibuk dengan urusan urusan seharian ,si ekor panjang tidak lagi jadi perhatian.Dia semcam memahami . Lantas dia hanya duduk duduk dekat cikson . Bila cikson didepan menghayun buai,dia ikut sama. Dan bila baby Fahiem dibawa masuk bilik,dia ikut sama.Cuma berbaring dilantai bilik.
Sesekali tergambar kehairanan diwajahnya bila dia ditegah buat apa yang dia suka.
Dia juga seakan ingin tahu siapa yang berada didalam buai dan menangis sekuat hati.

Selalulah dia dijerit....
Pong ,jangan garu
Pong..pi keluar.
Pong...jangan panjat.

wajah bosan....APTB
panjat tingkap tak boleh



Sudah dua hari dia tidak dijerit lagi.
Dia bebas ke sana kemari
Tapi buai ditengah living room dah tiada
Dan baby pun dah kembali ke ibu kota.

masuk kotak tak boleh
gigit bunga tak boleh
Semalam,cikson letak bakul diatas lantai.
Pong...masuk bakul. Boom.
berbaring kat lantai sambil dakap bantal pun tak boleh
Dan dia segera menurut perintah.

Cikli yang bersantai menonton tv terus mendodoi si anak kecil ekor panjang.



sini boleh ya 

duk dalam bakul ok la pula..cikli tolong dodoi..

Anugerah yang terindah..

Super busy these last few days. Hence the absence.
Sorry folks.

Now everything is back to normal. The quiet house saved for the meowing ang grrring of the cats,The hens that lay egg.The birds that disaapeared during the haze had made a comeback.Except for that one particular bird that went  arrrrk arrrrk loud and clear.


3 minggu anugerah terindah kami berada di Kangar, Hari ini dia kembali ke ibu kota.
Cucu pertama cikson diberi nama Muhammad Fahiem Zaidan....
Syukur alhamdullilah...walau diumur senja ini cikson masih boleh menatap wajah mungil ,mencium bau ,mendengar rengekan dia.Tangan dan kaki masih boleh melakukan kerja kerja yang pernah dilalui tokton satu masa dulu.Ligat rutin harian.Hingga lupa menjenguk halaman.

Cikli pun busy sama. Tugas hakiki menghayun buai ....

....inilah salah satu anugerah terindah hidup ini.

Bye,