Thursday, November 19, 2015

Aging gracefully....mana nak dihumban serabut otaknya ini.

Berita tentang kehilangan seorang guru besar menarik perhatian ku.Sudah hampir dua minggu dan dia masih dijejaki. Kemana ya dia menghilang diri? Selamatkah dia hingga kini.Kenapa jadi begini? Itu soalan soalan yang menerjah otakku cuba memahami.

Dia seorang Guru Besar. Dan aku sedia maklum tentang tanggungjawab seorang GB. Aku pernah pakai sepatu itu.Betapa aku pun kadang kadang mau saja hilang pertimbangan kerana bermacam macam hal yang menerjang .Mungkin keadaan kesihatan ku yang ok aku dapat melalui zaman ini. Entah entah kalau aku ditempat dia lama sudah aku menyembah bumi.

Mungkin...mungkin sajalah.Dia punya tekanan bukan saja kerana dia menghidap terminally ill sickness. Bukan saja beban tugas setinggi gunung tetapi mungkin kerana tak punya tempat meluahkan perasaan.Tiada  siapa sudi mendengar keluhan.Everybody so busy utk beri perhatian.
Ya...satu masa dulu,aku hampir begitu.

Masa tt masih ada,dia tempat aku mencurah rasa.Dia mendengar tanpa menghukum.Dia tidak keluarkan arahan cuma saranan..Terasa aku tanpa dia.No more ears that listen.
 tak berani aku mengongsi rasa...hehe takut2 jadi lain  cerita.

Jaisha...pulanglah segera.
Anak anak mu tentu merindu kamu..

Kadang2 serabut otak memikir
Walau kadangkala hanya ribut dalam cangkir.
Terlalu memikir buat kita jadi pandir.....

Nukilan diatas lama sudah aku coretkan.
Hanya dini malam ini aku tekan publish button.


Friday, November 6, 2015

Aging gracefully...

Masih ku ingat semasa aku meyikat rambut putihnya. Dia bukan nenekku. Bukan ahli keluarga ku. Tapi hanya jiran ku. Masa itu aku masih muda belia.
Mah....hang cakap dengan sapa tu...dia menyoal anaknya.
Mak ni sandiwara radio la .Bukan ada siapa siapa.
Ada hari dia merungut tidak diberi makan. Sedangkan baru tadi pinggan disorong ke belakang.
Dia baik . Anak cucunya baik baik. Maka beruntunglah dia hingga nafas terakhirnya.

Dia baik.Tapi anak cucu entahlah .....Nak kata baik,baiklah. Nak kata kurang baik...pun boleh lah juga.Sbb dalam yang baik baik itu terselit juga yang tak baik.
Kesian dia diherdik bagai anak kecil. Katanya dibantah. Nasihatnya disanggah.Tentu hatinya luka parah.
sekadar hiasan...googled

Masih ku ingat dia menyangkul tanah di seberang jalan rumah. Penjuru padang didepan rumah dijadikan tanahnya berkebun..Pasu,botol,bekas plastik semua diangkut utk dijadi bekas tanaman.Walau banyak yang menyanggah,dia buat tak indah.Apa aku kisah. Mungkin itu pegangan falsafah.Maka bermasam mukalah dia dengan isterinya yang tak suka.
Eh.. itu tanah orang.
Busuklah nanti rumah orang bila dia mula membina reban.
Apa kata jiran tetangga,
Bunga bagi kita,tapi semak orang lain kata...
Tapi dia peduli apa.....antara kata kata isteri yang nasihatnya ditolak ketepi.

Dia membuang semua ubat yang diberi kerana takut diracuni....
Tapi kenangan lama dulu dulu segar bugar dia ingati.

Aging gracefully....itu minta hati.
Bila nanti aku benar benar tua....ewah macamlah sekarang belum tua.Aku berharap aku tidak jadi mereka..Buat apa suka sbb kerana kita dah tua.
Dari pengamatan mata....

Bila benar benar tua..
Duit ringgit sangat berkira
Nasihat teguran orang tutup telinga.
Buat saja apa suka.
Dan pemimpin negara pun ada yang serupa.....eh siapa dia ya?

Thursday, November 5, 2015

WW...kata kata

from fb
 Kebahagian bukan bersandarkan kepada tiadanya masaalah dalam hidup.Bahagia itu bila dapat selesaikan masaalah yang bertandang tiba...dengan rasa lega.


from fb
Ku temui ramai orang yang payah ...bukan orang susah.
Masa membesar,bekerja,berkeluarga orang payah ada saja. Dimana mana.
Ku punya ahli keluarga yang payah...
Ku jumpa kawan rakan yang payah
Ku bekerja dengan mereka yang payah.
Ada masa aku rasa susah
Ada masa aku rasa sesah
Tapi aku rasa aku tidak patah

Mereka mengajar aku ....who I dont wish to be....

Tuesday, November 3, 2015

Se petang di RBL ...lagak anak anak bulus.


Setelah tiada jerebu
Anak anak bulus tidak lagi duduk termenung
Berkejaran mereka seperti dulu
Sunggoh riang

Setelah tiada jerebu
Pong,Nina,Tam,Ning dan Bu,
Bersantai di halaman
Berkejaran
Naik pokok turun pokok keriangan.

Setelah tiada jerebu...
Hidup kembali ceria
Buat anak anak bulu
Mengendap burung burung hinggap di dahan
Atau jadi tandey tgk ciklicikson cangkul halaman.
Jom kita lawan sapa yang dapat panjat pokok ini

hehe....mama ,kakak   tengok tam panjat pokok

Tam bolehpanjat tinggi tinggi

Jom balik...mak tiri dah mari
Kata Tam bila lihat Luna menghampiri.