Silap hari.
Ingat hari ini hari Khamis,jadi cikson upkan post tentang DIY.
Rupanya hari ini baru hari Arbaah...Rabu..huhu.
Semasa dizaman bekerja,ada masa terjadi silap hari.
Hari Selasa disangka Rabu
Tapi hari Jumaat jaranglah disangka Sabtu
Kalau tersilap tentu dah kena bambu
Asyik bersenang di rumah walhal anak anak murid tiada guru..
Tentu PKI naik hantu...
Sebagai tatapan WW hari ini
Cubalah teka apakah buah ini
Rasanya masam2 manis begitu
Dikait dengan papan, mengaji dan perahu
Buku yang dibeli lebih 30 tahun ini ,dibawa ke RBL akhirnya.
Satu satunya buku resepi yang cikson puas hati setiap kali mencuba resepinya.
Antara buku buku resepi berbahasa Inggeris dan Melayu inilah buku resepi paling cikson sayangi.
Tapi buku ini kadang kadang menghilang dalam simpanan dan bila nak guna baru tercari cari.
Lantas cikson akan buat koleksi dan reproduksi
Resepi dari buku ini.....
dah dimakan usia buku ini
Hari ini resepi ini jadi pilihan
Dah cuba sekali dua jadi sajian
Sedap juga dapat pujian...
Gulai Terung dengan Udang
resepinya....
Kalau ada buku ini di jual dikedai
Mahu dibeli buat hadiah anak2