Tuesday, October 27, 2015

Tekejuit den...

si nina pun tekejuit
Sedang enak menyisir bulu bulu dibadan,nina terkejut dengar cikli bertempik.
Eh apa kena orang tua ni ?Bertempik tak tentu fasal.
Makcikson aka mamason pun sama
Tekun dia menatap tv.
Bila cikli bertempik dia marah cikli
Eh kenapa marah2. Dengaq lah dulu apa pm cakap.

Oh rupanya depa suami isteri dok dengaq apa pak Najib dok berucap.
Budget? Belanjawan... entahlah nina pun tak ketahuan.Tapi yang nina lihat dia pakai baju warna kundang .Sebentar bercakap,sebentar dia teguk air dalam cawan....

dia cakap billion billion,juta juta sampai nina ternganga
makanan kami gena kena GST juga?

Ni la dia masa PM tengah bentang belanjawan
Macam macam habuan dia laburkan
Tapi kaum nina juga yg ketinggalan.
Tak sebut pun Jabatan Haiwan dapat sekian sekian....

bye...sleep well.

Monday, October 26, 2015

Selamat kembali ke sekolah...jerebu dah habis dah?

Deruman kereta di jalan tak berkesudahan
Pagi pagi buta lagi dah kedengaran
Berselang seli dengan kokok ayam jantan yang tak berhenti henti sahut bersahutan.

Menyelak langsir,hari dah siang.
Terlihat anak anak sekolah dihantar ibu ayah naik motor.
Berdua,bertiga,malah berempat pun ada
Laju menderu bagai tergesa gesa.

Selamat kembali belajar anak anak ke sekolah .
Cikgu pencen tak perlu lagi terkocoh kacah
Relax....minum kopi sebelum buat kerja rumah.

Budget baru dah dibentang sudah...
Oleh Menteri Kewangan dalam parlimen.
Sana sini ada potongan
Pandai pandailah pentadbir pusat pengajian cari jalan penyelesaian.

Terkenang kembali masa cikson berada dikemudi
Budget sedikit tapi macam macam kena penuhi.
Kalau ada ,masa datangnya pula dekat 2  hujung tahun. Maka tunggang langganglah sekolah bertungkus lumus nak bereskan. Masa tu lah nak exam,masa tulah nak bersukan, dan masa tu lah nak majlis kecemerlangan.
Macam peruntukan sukan dan koko yg kena juga dihabiskan.Kalau tidak ...siaplah badan.Dalam mesyuarat negeri akan dibentangkan.Sekolah mana yang tak ikut peraturan.

Sehari dua,timbul cerita isu jerebu dan sekolah. Sekolah kena tutup,budak2 tinggal rumah. Ibubapa pun rasa payah. Cikgu pula yang disesah. Hmm...susah susah.

Semoga jerebu yang berlalu tak datang lagi bertamu..Kesian anak anak yang dahaga ilmu. Kesian ibubapa yang rutin harian mereka terganggu.

Selamat kembali ke sekolah anak anak...


Sunday, October 25, 2015

Jangan di sandar pada besarnya rumah


Usah di lihat besarnya rumah didiami
Besarnya  kereta bawa keluarga
Usah dilihat besar kecil pangkatnya
Tapi lihatlah pada besarnya HATI

Dulu dulu masa cikson masih muda remaja,sebuah rumah nun jauh di perkampungan felda jadi tempat fav. utk berkunjung. Rumah satu2nya ibu saudara sebelah tokton.Hingga beranak pinak,ciklicikson suka membawa anak2 bermalam disana.Bila balik teringat2 kebaikan keluarga makchak sekeluarga.Dijamu apa yang ada dah buat cikson rasa bahagia.Dan bila nak balik penuh kereta dgn bermacam benda.Rambutan ,pisang ,telor ayam...
Sedihnya makchak pakchak telah tiada.Lama dulu..
Juga satu episod sedih buat aku malu nak ke situ..
Hingga hari ini bila diingatkan hati jadi sebu.

Good food is the way to the heart....
Teringat Batu Pahat.
Bukan saja kami dijamu disitu,tapi makanan yang ditapau dapat dijadikan makan malam utk rombongan meminang .Around 20 orang.

Alhamdulilah,adik beradik cikson juga tidak lokek dalam merai tetamu. Besar kecil pangkat mereka tak jadi hal.Yang ada ,yang tiada sama saja.Yang sibuk dan yang busy ,ada saja masa buat kami.
Dikampung dijamu ikan sungai,dibandar dijamu nasi kandar...kalut2 ajak pi kedai.

Teringat Sungai Limau..disebuah rumah kami dijamu gulai ikan bendang.Amboi sedapnya sampai hari ini terus berdendang.

Hospitality... bukan bermaana hospital tapi layanan semasa tetamu berkunjung.Dan hospitality di rumah kita buat tetamu yang datang pulang dgn hati riang.Dan kita sebagai pengunjung juga kena tahu adat berkunjung...

Bukan saja makan minum jadi perhatian,tapi tempat tidur juga perlu ketelitian.Tokton bila ada tetamu,siap serba baru...ia-itu sarung dan cadar baru dibasuh dikeluarkan. Tak diberi dia yang dah masam. Dan amalan tokton rasanya menurun pada anak anak dia.Tanpa pembantu ,tuan rumah Bukit Mahkota menyediakan 5 bilik utk tetamu.Jenuh berdobi lepas tetamu pulang.

Dan bercakap ttg besar hati,cikson amat bersyukur kerana keluarga bisan melayan anak cikson berpantang di rumah mereka sebelum balik ke Kangar.Hanya Allah saja yang dapat membalas budibaik mereka.

Besar hati kena sama 2 suami isteri .Kalau seorang mmg tak jadi.Di masa kecil,kami dibawa ke sebuah rumah.Si isteri ramah tamah,tapi si suami buat endah tak endah. Ia lah kami orang susah.Dtg berkunjung mungkin ada niat terselindung. Sikit skit habis juga beras sekampit.Walau pun makcik anak kecil,tapi sudah pandai baca ragam orang.Apalagi tt ibu yang garang. Tak berdetik kami di rumahnya orang.Takut2 ada barang atau duit kupang orang yang hilang.Kan malang!

Hospitality ....satu cabang ilmu yg perlu diamali.Kalau teori saja tak jadi.
anak kucing ini
ada hospitality dalam diri












































Dan mentari pun malu malu.

Sejak hampir seminggu matahari sembunyi diri
Kicau burung pun entah mana pergi.
Semalam hujan merenjis bumi

Dan pagi ini mengintai si matahari
Malu malu menampakkan diri
Dan burung 2 pun seekor dua terbang ke sana sini
Letih... hinggap di pelepah nyior belakang rumah kami

Citcit cit cit
Koook ku oooook
Kedengaran
Hari ni mula mereka berdendang..

Jerebu
Singkapkan tiraimu
Angkatkan kakimu
Kembali lah kamu ke empat asal mu..

Jokowi...
Tahukah kamu
Api itu masa kecil menjadi kawan
Bila besar menjadi lawan...

Dua perkara jadi isu semasa
Najib dgn MDBnya
Jokowi dengan jerebunya
Entah sampai bila
Rakyat terpaksa tanggung sengsara..