Tuesday, September 22, 2015

Hello there

Jerebu diramal datang menjengah kembali
Harap harap tak jadi...

Ringgit dikabarkan Zeti akan rebounce kembali andai persoalam 1MDB ditangani.
Rakyat menunggu dengan berdebar hati
Setiap hari
Bila RM bershuffle,beryoyo dibanding dengan matawang luar negeri.

Dengar suaranya yang meneran neran
Lihat wajahnya yang berbagai perasaan
Kesian 
Itu harga seorang PM...

Well for us the four legged beings or the bulus as cikson called us,the happenings of late do have a significant effect on us.Dont you know that?
The other day cikli grumbled..
Eh cepatnya depa makan..
Eh mahalnya makanan depa.Hari tu 2.00 .La ni dah 3.00.Jenuh.
Ikan temenung pun temenung kita nak beli.Katanya bila balik dari merket itu hari.


Makcik,mana makanan kami?
Semua dah tak ada lagi.
Dah lama benar rasanya ciklicikson tak makan angin
Asyik saja duduk rumah pun kepala boleh naik pening
Kesian depa ...



Makcikson,mailah masuk dalam bakul ni.
Kita pusing pusing kelililing!

 Bye...selamat menyambut hari raya .

Pong

Monday, September 21, 2015

Sembang sembang...cerita sekolah.

Hari Isnin cikson sebolehnya mau menulis ttg perihal halehwal sekolah.Katakan jiwa raga cikson dipenuhi kecintaan pada sekolah.Kalau tak ada sekolah ,hidup cikson tentu berubah.
Biasa kan ibu2 bapa berkata pada anak..
Ha...tak pas periksa aku bagi hang kahwin.
Aku suruh hang bela lembu..
Bila dimomokkan kena kahwin paksa dan kena jadi pengembala lembu ,anak2 pulun belajar...Itu cerita dulu2.
Sekarang dah tak main dah ayat2 momokan itew...

Cikson cuba mengimbas kembali kisah cikson adik beradik bersekolah...
Kami semua bermula dengan sekolah Melayu...ie bahasa pengantar Melayu.Kakak dan cikson berpeluang belajar dalam aliran Inggeris selepas menduduki special Malay Class Entrance Exam.Kakak semasa tahun lima dan cikson masa tahun tiga.Selepas itu kakak masuk tahun 4 setahun lebih awal dari cikson dan bila kami ambil SC/MCE kami hanya berselang tahun walau umur kami 3 tahun jaraknya..

See...jenuh abah dan tt membanting tulang mencari duit nak sekolahkan kedua 2 kami yang hanya berselang tahun.
Rupa tak ada, bakat nahee,miskin pula adalah macam satu push factor utk cikson lebih berusaha.Sebolehnya nak dapat keputusan yang lebih cemerlang dari kakak dan kawan2...
Dan dimasa itu usaha sendiri adalah penentu kejayaan .Mana ada tuition atau kelas tambahan...Kelas detention adalah.

UPSR dah selesai..apa anak2 murid buat apa agaknya sekarang.Tentu sibuk mengisi borang borang kemasukan sekolah2 terpilih.
Terimbau kembali cikson masa cikson jadi Penolong Kanan Satu satu sekolah.Masa itu mula diperkenalkan sistem markah Kokurikulum.Berpeluh kami dibuatnya..
Jadi kepada anak anak tahun 6 cikson suka berpesan...
Isilah borang borang dengan cermat dan hati hati...jgn buat suka hati...

Bye...
LOL...today school is cuti.Tentu semua sedang dalam mood cuti. Tak terperasan pula cikson...adoi.
Selamat bercuti..Tentu ramai orang kat Kuala Perlis dan Padang Besar.

Sunday, September 20, 2015

Bila ....Maklong paklong makan kenuri

Tgh hari tadi lepas lohoq (Dzohor) cikli cikson ke rumah kenduri.Aha...hari ni tak silap lagi.Kenduri kawan cikli tapi kenalan cikson.
Menghadiri kenduri ditengah rembang buat cikson sediki bimbang.Cikli kadang kadang kalau sakit dia tak bagi amaran.Dan sakitnya selalu waktu sebelum makan...
Lepas makan kami tak terus pulang.Ke rumah no 7 kami singgah.Hmm...dekat setahun juga cikson tak pi jengah.Bimbang juga takut dia tenggelam air bah.
Eoooow......eeeeow kami disambut satu suara,
Dicelah celah pelepah paku pakis satu susuk tubuh memanggil2 kami.
SQUIRRELLL!
Dia mengekori cikson hingga ke ruang lobi...lepas tu dia menghilang diri.

Cikson ke dalam rumah dengan berbagi perasaan.
Ada nostalgia ada sedih kerana meninggalkan no.7 berbulan lamanya.
Melihat sofa,almari kerusi meja masih sama.
Begitu juga pinggan mangkuk dan kain baju sealmari dua.

SEDIH tau...lihat rumah yang cikson belai dan jaga .Di rumah inilah kami membesarkan mereka berempat.Rasa macam nak balik pindah ke sana saja.Pasti Pong pula tak suka sbb dia tak dapat berjumpa dengan BFF dia....cikyam cikyam dirumah wan.

Itulah saja cerita ttg ciklickson makan kenduri....
Dan 2 biji bunga telor dibawa balik sebagai bukti...
bunga telor 

mak long pak long



mak long 


Pak long
Hari Ahad
Kebanyakannya berehat
Tapi maklong isteri paklong berehat dah berabad.

Lepas lohoq nak pi kenduri
Dekat saja dgn rumah lama kami
Boleh sampai jalan kaki.

Oh well...ini cerita kelmarin.
Paklong maklong beria nak makan kenduri
Mujuq tak beria2 bersiap
Kalau tidak masuk angin keluar asap.
Sbb kenuri bukan Sabtu tapi Ahad!
So makanlah kami nasi bungkus yang kelangit tak sedap.

Paklong ni....
Bila tinggal berdua
Dengan tak sihat sentiasa
Juga suka sangat pelupa
Maka kadang2 aturcara atau schedule jadi tak tentu hala....
High time kena ada PA...haha.
Sapa lagi mak long la.
Sbb nak bayar kerani nak cekau duit kat mana?

So maklong kena catat schedule hospital dia
Hari apa dan kat mana
Hari apa kena pi spital n hari apa ada kenduri
Takut 2 lain nak berubat lain yang dia pergi..

Hai lah paklong.....