Monday, September 7, 2015

Buat yang terbaik yang boleh ya anak anak 2

Musim periksa dah mai dah.
Bermula dengan UPSR besok,seterusnya PMR ,,,eh dah nama lain kan PTK3.Lepas tu SPM,STPM.

Tahun ni adalah juga anak anak saudara yang menduduki peperiksaan2 ini. Anak anak cikson dah laaaaama dulu ambil ujian 2 ni.

Bagi cikson semua ujian walau ujian bulanan adalah ujian yang penting buat anak anak.Apalagi ujian besar macam UPSR.
Satu hari ada yang menegur cikson kerana tidak mau menghadirkan diri bersama ke satu majlis.
Alah ujian bulanan saja....UPSR saja .Buat apalah dok pulun .Dapat 5A pun bukan boleh jamin kerja....
Tapi tak berapa lama kemudian cikson lihat dia pun ambil berat tentang keputusan peperiksaan anak anak.
googled
Teringat cikson bagaimana cikli jadi guru ABC buat anak yang akan menduduki ujian penempatan kelas .Sampai lewat malam anak yang itu kena drill macam askar. Merambu air mata kena mengeja.Syukur dia ditempatkan dikelas kedua dari enam kelas tahun pertama itu.
Bayangkan kalau dia bermula dengan kelas paling corot .....Tentu berhempas pulas lagilah si ayah .

Coming back to having children taking big exams.....
Sedikit panduan cikson sebagai bekas ibu yang ada anak ambil exam...

Letak ketepi dulu isu isu tentang diri kita.Fokus pada anak.Beri perhatian pada anak itu.Beri motivasi.Tunjukkan yang kita bersama dia.Doakan dia.

Buatlah yang terbaik untuk anak anak.Semoga anak anak boleh berbuat terbaik yang boleh.

googled

Selamat menduduki peperiksaan UPSR 2015 anak anak,

bye....

Sunday, September 6, 2015

And life goes on....

Its two weeks since tt was gone...
Truth be told that since she was gone, it takes the life out of me.Not a single day went without me thinking of her.
Issh you ni tak nampak sedih pun .Keras sunggoh u ni...cikli told me off.
Well....everybody doesnt grieve the same way.
You might wail but cikson feels deeply and in the silence of the day or night,she weeps. I reason out.
Who doesnt feel sad having lost one's anchor.

But life goes on.

Today cikli's niece got bethrothed.The sweet young girl was engaged to a  soon to be doctor.A simple ceremony it was.
In October my nephew would be asking for the hand of his flame.My dear sis invited us to be among the meminang entourage to Batu Pahat. And that got to be seen as cikten's due date is around the time.
So too in December....wedding bells are ringing for another nephew of mine.

Engagements and wedding galore for the late tt's grandchildren as well for my pil.And also the coming of the first cucu and cicit is much anticipated ...


malam sebelum


hantaran antaranya

See life goes on...
My sympathy goes to the refugees who braved the oceans and harshness in search for asylum.
Ya Allah permudahkan urusan kami...

Saturday, September 5, 2015

Rumah Impian?

Bila melihat gambar gambar ini ,terpacu difikiran
Adakah manusia sanggup tinggal disini dan begini?
Jauh dari segalanya
Hidup sebatang kara atau hanya dengan keluarga
Dan tiada jiran tetangga disekeliling mereka.

googled pic

Sanggupkah kita berumah begini
Bukan kerana tiada amenity
Tapi terpencil jauh dari civilisasi.

googled pic
googled


Di wilayah ini pun aku terasa seperti disini....
Terasing .
Mengasing


googled pic



Walau dalam lautan manusia berjuta
Sunyi terasa
Seperti hanya ada
Aku
dan DIA.

Friday, September 4, 2015

Hilang dan kehilangan

Kita boleh hilang sesuatu
Tetapi kita tak berasa kehilangannya
Kita boleh hilang sesuatu
Dan kita amat terasa kehilangannya,

Hilang dan amat terasa kehilangannya


No words .no tears
Could describe

Bila aku berbicara tentang susahku,dukaku
Kau jadi pendengar tanpa prejudis
Bila aku  berbicara tentang sukaku
Kau jadi pendengar paling gembira yg tulus


Dalam berbilion umat manusia didunia
Hanya dia satu satunya.


Semoga Allah menempatkan roh mu bersama orang 2 yang beriman.

Catatan ini ku tulis minggu lalu,namun ku biarkan dia dalam draftku.
Hari ini aku menyelusuri tulisan ku tentang mu...
Aku rasa kehilangan mu.Air mata laju.


Pokok besar disebelah pagar ghaib dari pandangan.Kemana dia?
Rupanya dia tersungkur akibat angin kuat masa aku tiada dirumah.
Sebelum itu pokok pinang disebelahnya tumbang didepan mataku..
Sekarang yang tinggal megah diseberang pagar RBL hanyalah sebatang pohon kelapa...tentu dia rasa kesunyian.Kehilangan.

Hilang dan kehilangan
Dua rasa yang ada beza.